fbpx

Netizen Terhibur Tengok Aksi Terbang-Terbang Neelofa & Haris

Pasangan selebriti popular, Neelofa dan PU Riz sememangnya sering menjadi perhatian ramai. Bukan itu sahaja, kedua mereka juga turut dikenali dalam bidang perniagaan.

Pasti ramai tahu, Neelofa dan suaminya melebarkan sayap dengan menjual pelbagai jenis produk. Terbaru, pasangan itu memuat naik video mempromosikan produk terbaru keluaran mereka.

BACA: “Jangan Cium Bayi Orang, Anak Sendiri Boleh” – Neelofa

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Dalam rakaman tersebut Haris dilihat berlakon mempunyai masalah sembelit. Namun, selepas minum minuman detoks, lancar sahaja membuang.

Video dikongsikan itu ternyata membuatkan ramai terhibur melihat lakonan PU Riz. Apa yang lebih menjadi perhatian ramai aksi terbang-terbang pasangan itu ternyata membuatkan netizen terhibur.

Dalam pada itu, ramai yang memuji konten video yang dihasilkan pasangan itu sangat kreatif. Malah, netizen turut memuji kecomelan Neelofa dan PU Riz membuat aksi berkenaan.