fbpx

Bila tiba hujung minggu jer, sudah semestinya menjadi hari bersama keluarga buat ibu-bapa yang bekerja. Masa hujung minggu juga lah nak bawa anak-anak melihat dunia kan?

Kali ini kami nak share satu port wajib korang kena bawa anak-anak korang. Pastinya anak-anak akan teruja bila melihat Taman permainan laut yang terletak di ruang legar IPC Shopping Centre.

Jangan risau, taman laut yang akan tamat pada 5 Mac ni tak kan buat kan anak korang lemas atau basah terkena air laut. Sebab taman permainan laut IPC ini diperbuat daripada 85,000 keping belon terbiodegradasi.

Taman ini juga terdiri daripada landskap bawah laut yang disusun indah serta menampilkan lima hidupan marin yang paling terancam – Jerung Tukul (haiwan belon terpanjang pada ukuran 5m panjang), Paus Orca (haiwan belon tertinggi pada ukuran 4m tinggi), Penyu Karah, Dugong dan Pari Manta Gergasi.

Arca serba mewah dan kreatif ini disiapkan oleh 20 artis arca belon terkemuka dunia dari Hong Kong, China, Taiwan, dan Malaysia. Pasukan ini dipimpin oleh Pakar Belon Malaysia, Joseph Ho, dan Pakar Belon Taiwan, Ho Hun Leong, yang pernah bekerjasama dalam pelbagai acara, salah satunya adalah pencapaian terbesar mereka apabila berjaya membawa pulang pingat Emas pada Konvensyen Belon Dunia ke-5 di San Diego, California pada 208.

Untuk pengetahuan korang, sepanjang dua hujung minggu, IPC Shopping Centre akan menganjurkan pelbagai aktiviti pendidikan serta bengkel yang dipacu kelestarian secara percuma di Atrium, Aras G untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah berasaskan kepada siapa cepat dia dapat (keutamaan diberikan kepada ahli Små Club).

Di sini kami sediakan beberapa jadual aktiviti untuk memudahkan korang menyertai aktiviti menarik itu nanti.

– Sesi Ramah Mesra Maskot Belon (Setiap hari dari 1:00 petang – 2:00 petang)

– Bengkel Lukisan Pinggan Kertas Kanak-kanak (2:30 petang – 3:30 petang; Terhad untuk 15 peserta per sesi)

– Sesi Bercerita oleh Hong Jie Jie (4:00 petang – 4:30 petang)

– Bengkel Membuat Belon Kanak-kanak (5:00 petang – 6.00 petang; Terhad untuk 10 peserta per sesi)

Cenderamata & Pertandingan ‘Ocean Heroes to The Rescue’

Bukan itu sahaja, siapa yang mengunjungi taman permainan laut IPC ini takkan pulang dengan tangan kosong. Eksklusif untuk ahli Små Club korang hanya perlu tebus topi yang menampilkan haiwan terancam pilihan anda di i-Counter (Aras G) sementara stok masih ada.

Pendaftaran ahli baharu IPC Tack Club juga aka mendapat hadiah dengan hanya tebus set kotak makan tengah hari boleh lipat di i-Counter (Aras G).

Jangan tak tahu, pertandingan foto #IPCOceanHeroes untuk disertai oleh Ahli Tack Club dan menebus baucar Popular bernilai RM10 pun ada tau.

Tapi sebelum tu korang kenalah ikuti langkahmenebus baucar ini dulu.

1. Kunjungi arca belon ‘Ocean Heroes to the Rescue’ dan ambil foto bersama arca tersebut.

2. Muat naik foto ke dalam Instagram atau Facebook anda, tag @IPCShoppingCentre dan sertakan tanda pagar #IPCOceanHeroes dan #FromTheSeaToIPC.

3. Tunjukkan hantaran dan keahlian Tack Club anda di i-Counter (Aras G) untuk menerima baucar Popular bernilai RM10.

Jadi apa tunggu lagi, korang jangan bazirkan masa hujung minggu korang lagi. Jom terjah taman permainan laut IPC. Maklumat lanjut layari laman rasmi IPC, Facebook dan Instagram IPC.