Talita Menangis Di Kubur Siti Sarah Buat Ramai Sebak
Baru-baru ini perkongsian Shuib Sepahtu menjadi perhatian apabila menziarahi pusara arwah isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin bersama anak-anaknya.
Meskipun sudah lebih lima bulan pemergian arwah Siti Sarah, anak perempuannya Dzahira Talita menangis ketika menziarahi pusara ibunya.
BACA: Netizen Sebak Dengar Nyanyian Shuib
View this post on Instagram
Dapat dilihat Talita menangis dan mengesat air matanya kerana rindukan arwah ibunya sambil dipeluk oleh Shuib yang memujuknya anak perempuannya itu.
Perkongsian Shuib itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut tidak dapat menahan sebak melihat kanak-kanak itu menangis.
Katanya, anak-anak pasti akan lebih merasai kehilangan ibu mereka serta bersimpati kepada mereka yang sudah kehilangan ibu di usia kecil.
Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Kuala Lumpur pada 9 Ogos tahun lalu akibat Covid-19. Beberapa hari sebelum itu, arwah selamat melahirkan anak keempat secara tidak sedar.
Sedih tengok arwah kerap digunakan untuk buat content. Dah budak memang lah akan rindu sgt2 kat ibu. Takpayah tunjuk kat insta. Insta arwah yang patutnya dah dimemorialised pun masih diguna untuk update. Sudah2 lah tu, biar segar dan diabadikan dalam ingatan.
Tah . Bini baru 4 bulan meninggal , laki dah sibuk cakap nak cari pengganti. Lepas tu non stop main social media. Laki Siti Sarah ni okay ke tak ?
Demi sebuah content.. sanggup buat apa saja. Orang pun dah meluat oooii. Semua benda ko nak up dalam medsos.
Kat kubur pun ada photographer ye ?
Post sedeh serebeh kat social media.
Tak lama lagi nak naik pelamin la tu.
perah lg shuib.. sampai kubur pun jd prop ye..
sedih…..p nk cpt cari pengganti, konpius saya, propa …
klau camera on ni mcm nk cari publicity….hrp lebih private la…xperlu nk show off semua benda..