Takut Tak Sempat, ‘Akak Trivago’ Kini Berhijab Sepenuhnya
Pengacara HLive, Dahlia Shazwan yang popular dengan gelaran ‘Akak Trivago’ mengakui telah tampil mengenakan hijab sejak beberapa hari lalu selepas mendapat petunjuk daripada Allah.
Dahlia berkata keputusan itu dilakukan selepas pulang daripada menunaikan ibadah umrah pada Februari lalu. Ujarnya, dia mahu berhijab pada bulan Ramadan tetapi bimbang jika niatnya itu tidak sempat dilakukan.
“Saya dah balik umrah nak dekat sebulan yang lalu. Ingatkan nak berhijab masa bulan Ramadan tapi macam tak nak tangguh takut tak sempat.
“Saya beritahu diri saya, nak tingkatkan secara rohani dulu barulah berhijab tapi makin hari rasa macam Tuhan tengah tunggu untuk saya bergerak.
“Hati saya macam rasa berhutang, rasa macam dah dijentik. Tapi kalau saya biarkan sahaja benda tu, takut lepas ni tak dapat petunjuk tu. Jadi, saya pun pakai hijab,” katanya kepada Astro Gempak.
Katanya lagi, keputusan untuk berhijab mendapat sokongan penuh daripada suami, ahli keluarga dan teman rapat. Turut memuat naik gambar terbarunya tampil manis berhijab, ramai yang meluahkan rasa syukur di atas penghijrahan Dahlia itu.
“Saya bertuah dikelilingi keluarga, suami dan teman yang sangat memberikan sokongan.
“Ada antara teman yang turut berkongsi pengalaman pakai tudung buat kali pertama dan saya sangat hargainya,” katanya.
- SUMBER
- Astro Gempak
Dngr nasihat Mufti Menk, akan lbh bnyk kematian berlaku sebelum tiba Ramadan nnt! Tukang pengurus jenazah diminta siap sedia utk uruskan bnyknya jumlah jenazah yg terkenal penyakit ini nnt! Dunia akan totally berubah selepas peristiwa ini! Bayangkan kemusnahan ekonomi bg negara2 kapitalis dan negara2 dunia ke 3 yg bergantung dana bantuan dari negara2 maju yg terjejas ini! Lihatlah di negara China yg buat total lockdown pun masih gagal menghentikan terus sakit ini?!! Bayangkan negara2 spt kita yg mana rkyt mementingkan diri dan x ambil kisah dgn malapetaka yg lbh besar yg akan berlaku selepas ini!
MAKMAL BIOSAFETY DI WUHAN
Di Wuhan, terdapat sebuah makmal iaitu “Wuhan National Biosafety Laboratory”. Ia merupakan sebuah makmal yang membuat kajian dan penyelidikan tentang virus. Ia dibina pada tahun 2017 dan mula beroperasi pada tahun 2018.
SAINTIS DARI CHINA TELAH MENCURI VIRUS DARI MAKMAL DI NEGARA KANADA
Pada bulan March 2019, 2 orang saintis iaitu Dr. Xiangguo Qiu dan Keding Cheng (suami–isteri) dari negara China telah mencuri virus dari sebuah makmal iaitu “Canadian National Microbiology Laboratory (NML)” di negara Kanada. Mereka kemudian telah menghantar virus tersebut ke negara China dengan menggunakan khidmat Courier .
4 bulan berikutnya iaitu pada bulan July 2019, mereka berdua telah dihalau keluar dari Makmal NML dan dipaksa pulang ke negara China.
betul ke?
@Tentera Al Fateh
Situasi skg adalah kpd pembangunan dan penghasilan vaccine covid 19, perawatan dan ubat ubatan sesuai menyembuhkan pesakit2 covid 19. Segala mcm teori drp mana virus ini terhasil dan disebarkan tidak perlu dibincangkan.
forexjiggers.
menteri kesihatan dah bagi tau banykkan minum air mineral or air suam. hhahaha. mereka yg lemah antibodi dan tua lbih kena berhati hati. virus ni blh sembuh sndri. kte kne fokus nak tingkatkan anti bodi