fbpx

Baru-baru ini, ada netizen mengatakan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida dilihat sesuai dengan pengarah terkenal, Michael Ang sehingga ada yang mendoakan agar mereka berjodohan.

Memetik mStar Online, Vida berkata dia perlu memikirkan banyak perkara untuk meneruskan hasrat tersebut kerana kedua mereka memiliki personaliti berbeza.

BACA: DSV Tunjuk Michael Ang Tumbler Mewah RM7,000

“Saya rasa dengan Michael Ang tu kena fikir dua kali sebelum kahwin. Sebab nanti nak kahwin dengan Michael Ang macam mana… dia dan saya mulut laser tak sempat apa periuk dah berterbangan. Gaduh baik, gaduh baik… begitu tak bolehlah bila jadi laki bini,” katanya.

Dalam pada itu, Vida berkata dia kini lebih selesa hidup sendiri tambahan pula anak-anaknya tidak mengizinkannya untuk berkahwin lagi.

“Kacak tak setuju saya kahwin. Cik B tak izinkan saya kahwin lagi. Belum waktunya lagi..walaupun sekali ketik sepuluh mari. Sangat selesa nak buat apa pun boleh… tidur bangun pukul berapa pun tiada masalah,” katanya.