fbpx

Takut Kena Mandrem, Shuib Sering Amalkan Ayat Al-Quran

Kini sudah bergelar usahawan berjaya dan terdedah dengan hasad dengki orang yang melihat kejayaannya, Shuib Sepahtu akui dia sentiasa berwaspada untuk menjaga diri daripada anasir tidak baik seperti bomoh.

Sedar di dalam dunia perniagaan pasti akan timbul rasa tidak puas, Shuib berkata dia mengamalkan ayat suci Al-Quran sebelum tidur. Malah, dia juga sudah bersedia jika berdepan perkara itu.

BACA: Shuib Akui Sedang Pertimbang Gelaran Datuk

“Mandrem, itu yang saya takut tapi buat masa sekarang insya-Allah tidak ada dan minta dijauhkanlah. Saya sentiasa beringat sebelum tidur dan saya faham dalam dunia bisnes ini pasti akan ada orang tidak puas hati dan hasad dengki.

“Tapi saya bersedia walaupun tak minta orang hantar benda bukan-bukan kepada saya dan keluarga. Minta simpang!” katanya kepada Astro Gempak.

Kini sudah membuka cawangan ketiga perniagaan minuman Bubble Bee, Shuib merancang untuk membuka beberapa cawangan lain sekitar Lembah Klang dan negeri di utara serta selatan Semenanjung Malaysia.

“Kami akan berkolaborasi dengan beberapa selebriti lagi selepas ini untuk membuka cawangan lain yang berpotensi menjalankan perniagaan ini.

“Antara yang dalam perbincangan Achey, Fad, Ray Era, Shaheizy Sam dan Nabil Ahmad,” tambahnya.