fbpx

“Takut Dengar Cerita Cerai, Saya Cepat-Cepat Peluk Anak Isteri”

Sejak kebelakangan ini cerita penceraian seorang pendakwah selebriti, Pencetus Ummah Abu menjadi bualan hangat netizen dan ramai pihak.  Menerusi Facebook, PU Amin meluahkan rasanya serta menitipkan nasihat mengenai hal rumah tangga kepada orang ramai.

Menurut PU Amin, dia cukup takut mendengar cerita tentang keretakan rumah tangga. Baginya keluarga adalah pelengkap ke syurga dan anak adalah anugerah paling istimewa.

BACA: “Tudung Itu Mahal Harganya Di Akhir Zaman” – PU Amin

Katanya lagi, walau apa pun ujian menimpa keluarga yang dibina wajib dipertahankan dan kenang kembali saat ketika susah payah anda mahu memilikinya.

Dalam pada itu, PU Amin turut mendoakan agar perkahwinan yang dibina oleh setiap daripada kita kekal hingga syurga. Rata-rata netizen menyokong perkongsian PU Amin itu tentang makna kesetiaan seorang suami kepada isteri.

Terdahulu, PU Abu telah menceraikan bekas isterinya yang dikenali sebagai Ain Afina dengan talak satu menerusi aplikasi Whatsapp yang kini sarat hamil tujuh bulan untuk berkahwin dengan seorang janda muda.