Sebut saja nama pelakon cantik Rozita Che Wan, pasti ramai tahu fesyen dan gaya penampilannya sering diperkatakan. Malah ramai wanita diluar sana mengagumi Che Ta yang tetap nampak muda meskipun usia hampir mencecah 50 tahun.
Jiak sebelum ini Che Ta menggayakan beg mewah jenama Hermes Birkin ketika vaksin pertama, untuk suntikan kali kedua kali ini pelakon itu tampil dengan busana glamor.
BACA: Che Ta Cucuk Vaksin Melaram Beg Tangan Birkin
Menerusi satu video dikongsikan di Instagram, Che Ta menggayakan persalinan jubah berona perak dengan perincian labuci berkilauan sambil membawa beg tangan dengan warna senada.
Che Ta berkata dia teruja untuk keluar mendapatkan vaksin dos kedua itu dan melaram busana serba mewah itu kerana bimbang baju-bajunya akan reput jika disimpan terlalu lama.
“Hari ini pergi vaksin sekejap. Yang penting wajib ‘meletop’. Masa sekarang ini, nak simpan baju lawa-lawa takut reput.
“Tak kisahlah duduk rumah ke, pergi vaksin ke, melaram sahajalah. Tak tahu bila lagi boleh melawa. Takut nanti tua dekat rumah sahaja,” tulisnya.
Jika sebelum ini Che Ta menjamu petugas barisan hadapan dengan kek lapis pandan cheese hasil air tangannya sendiri, kali ini memberikan petugas barisan hadapan tudung bawal, kek lapis pandan cheese dan minyak wangi jenamanya.