fbpx

Takut Azab Selepas Mati, Hafiz Suip Mohon Maaf

Baru-baru ini perkongsian penyanyi Hafiz Suip menjadi perhatian ramai apabila dia memohon maaf kepada semua pihak jika pernah melakukan kesalahan atau membuatkan mereka terguris hati.

Menerusi posting di Instagram itu, Hafiz berkata dia memohon maaf kerana takut dengan azab Allah apabila dia sudah tiada suatu hati nanti.

BACA: Isteri Hafiz Suip Selamat Timang Anak Kedua

“Assalamualaikum. Nama saya Mohd Hafiz Bin Mohd Suip atau lebih dikenali sebagai Hafiz Suip di dunia ini. Saya ingin memohon maaf jika ada yang berkecik hati, tersalah cakap dan sebagainya.

“Jika ada dendam yang tersimpan selama ini maafkan saya. Ini bukan cerita sedih atau cerita dongeng tapi hakikatnya saya takut Azab Allah SWT di mana satu hari apabila saya mati saya akan di hisab,” tulisnya.

Dalam pada itu, Hafiz turut menyeru semua pihak jika ada masalah lakukan solat dua rakaat untuk berdoa dan memohon keampunan daripada Allah.

“Saya tak minta lebih cuma doakan yang baik dan saya mintak kalian bermodalkan 5 minit sahaja, jika ada masalah buat solat 2 rakaat mintak ngan Allah itu.

“Jangan harapkan makhluk..maksudnya jangan harapkan diri kita sekalipun…sebab yang menggerakkan kita Dia juga. InshaAllah hati tenang pasti jumpa solusi,” tulisnya.

Hafiz juga dilihat memuat naik sekeping gambarnya berwarna hitam putih. Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bimbang melihat keadannya kelihatan semakin kurus.