Selepas Athira Yuhada wanita didakwa orang ketiga dalam rumah tangga Hafidz Roshdi memuat naik kenyataan, isteri kepada pelakon itu iaitu Nurul Shuhada tampil membalas.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Shuhada mendedahkan mengenai kenyataan Athira yang dikatakan bercanggah.
BACA: Athira Yuhada Mohon Maaf Kepada Isteri Hafidz Roshdi
Shuhada berkata wanita tersebut dan suaminya masih berhubungan sehingga 25 Januari lalu berdasarkan bukti yang ada padanya.
Ujarnya lagi, dia ada hak untuk mendedahkan semua bukti kepada umum untuk mempertahankan keluarganya namun memilih menyerahkan perkara itu kepada peguam.
View this post on Instagram
“Waalaikumsalam dan terima kasih Cik Athirah atas cubaan membuat permohonan maaf secara terbuka berserta cubaan untuk meletakkan kesalahan ni pada orang lain, tapi ada maklumat menggelirukan yang perlu saya jelaskan disini.
“Korang berdua berhubung antara satu sama lain sehingga 25 Januari 2023 dimana hanya beberapa minggu yang lalu. Kenyataan ini mengikut semua bukti yang saya saksikan.
“Saya mempunyai semua hak untuk dedahkan kepada umum untuk lindungi keluarga saya, tetapi saya lebih suka menyerahkan segala-galanya kepada peguam dengan cara yang betul dan beradab untuk selesaikan perkara ini,” katanya.
Dalam pada itu, Shuhada meminta tidak diletakkan kesalahan kepada suaminya semata-mata kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.
“Kalau tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi, awak sendiri tahu berapa pantas hubungan korang bergerakkan? Katanya jumpa pada sekian-sekian waktu tapi tiba-tiba..sembilan tahun kena try? Wow hebatnya awak dikejari,’ tulisnya.
Shuhada turut mempersoalkan wanita tersebut yang tiada rasa empati pada golongan wanita yang dikhianati serta anak-anak yang tidak berdosa.
Kata Shuhada lagi, meskipun sukar namun dia akan cuba memaafkan tetapi tidak mungkin akan lupakan apa yang terjadi.
“Perkara yang awak buat bukan mudah saya nak maafkan tapi Allah kata jadilah manusia pemaaf walaupun seberat mana kesalahan. Saya mungkin memaafkan tapi saya tak akan lupakan.
“Awak sendiri akta simpati dengan keadaan mental Hafidz. Awak tiada rasa empati dekat golongan wanita dikhianati dan anak-anak tidak berdosa? Takkan selama awak buat dah bertahun ini tiada rasa bersalah sebagai seorang perempuan?” tulisnya.