“Takkan Sampai Kiamat Orang Masih Nak Kecam Maki Saya”
Sebut saja nama Ali Puteh, pasti ramai tahu pelawak itu sering dikecam oleh netizen susulan kontroversi terpalit dirinya sebelum ini.
Menerusi temu bual bersama Melodi, Ali berkata dia meluahkan rasa kesal apabila ada netizen tidak berhenti melemparkan kata-kata tidak sepatutnya serta mencari salahnya.
BACA: Ulas Isu Anak Abby Abadi, Netizen Minta Ali Puteh Bayar Hutang Hidayah
@melodiberapi Nama pelawak Ali Puteh sentiasa dikecam oleh netizen walaupun sudah lama tidak muncul dikaca Tv, mencari rezeki yang halal pun ramai still usik beliau.. tak baik tau,tak nak beli tak pe.. jgn kecam dan komen sampai tutup periuk nasi beliau.. doakan yang terbaik jew untuk beliau.. #meloditv3 #aliputeh #sambalAliputeh #ceritaartismalaysia #ceritaartismalaysia #fyp??viral #tv3
Menurut Ali, dia juga tertanya-tanya mengapa namanya berterusan dimaki dan difitnah oleh orang ramai sedangkan dia tidak pernah mengganggu sesiapa.
“Takkan sampai kiamat orang masih nak kecam maki saya,” katanya.
Ali turut berkongsikan ada individu melemparkan kata-kata tidak sepatutnya terhadapnya apabila ada yang menuduhnya menggunakan hasil duit anak yatim digunakan untuk berniaga.
Kata Ali lagi, dia tidak boleh berdiam diri dan akan terus membalas semula kata-kata netizen tersebut untuk mempertahankan diri.
Dalam pada itu, apabila ditanya mengenai hutam saman sebanyak RM60,000 yang perlu dibayar kepada kakak iparnya, Hidayah, dia akan menjelaskan di masa akan datang.
Byr jelah saman court sikit sikit ansran rm200 kalo x mmpu lg..janji byr.
X nak kecam cuma doa semoga diberikan rezki dn dimudahkan hal utk byr saman tu.
selagi x byr, selagi tu kecam..
Kalo ko tak mulakan takkan orang kecam..
Kalo awal awal ko beradab dengan kakak ipar ko, takde kes kecam sampai mati punye..
Sendiri mau ingat.
Bertabahlah Ali..
Ali, nampak mcm ko yg menjadi mangsa manakaka netizen adalah golongan yg menekan ko. Netizen tak abis2 kecam dan maki ko sampai hari kiamat padahal ko hanya nak cari makan secara halal, tak buat apa2 pun tp mereka yg menganiaya ko. Ko tidak ambil pun hak waris abam sbb menurut kepercayaan ko, ko pun ada hak keatas harta pusaka abam. Tapi dorang tak abis2 melalak tuntut hak mrk yg dianugerah dan diiktiraf oleh undang2 melalui mahkamah, mcmlah ko tak hendak bayar. Pada masa akan datang ko akan bayarlah tp mrk sibuk tuntut hak mrk. Nanti ko akan bayarlah, tunggu lah sampai ******* nanti ko pulanglah duit yg dituntut tu. Dorang ni tak sabar2 nak tuntut hak
Ali oh Ali..hutang mesti dibayar .