Tak Ziarah Kubur Abam Tak Bermakna Hidayah Lupa
Hampir setahun pemergian suami tercinta, Allahyarham Abam Bocey, ia tidak mematahkan semangat Nor Hidayah untuk membesarkan anak tunggal mereka, Syed Uthman Hamzah kini berusia setahun.
Meskipun suaminya tiada lagi di sisi, Hidayah berkata semangat Abam sentiasa menemanisnya dalam setiap tindakan dan keputusan yang dilakukannya.
BACA: Luah Rindu Pada Ibu & Abam, Ali Puteh Kerat Gambar Hidayah?
View this post on Instagram
“Kekuatannya, keberanianya semangatnya ku pinjam. Aku akan terus mendukung namamu hingga ke syurga kelak selagi hayat ku Masih ada dan menjadi Bidadari mu hingga ke akhirnya,” tulisnya.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Hidayah meluahkan perasananya sempena ulang tahun kelahiran ke-33 arwah Abam semalam.
Kata Hidayah lagi, dia tidak putus-putus mengirimkan doa dan tidak pernah sesekali melupakan Allahyarham biarpun tidak mengunjungi pusara suaminya itu.
“Tak semestinya tak pergi tempatmu, ku lupakanmu. Tidak, setiap masa, setiap saat, setiap detik tidak penah ku lupa akan ku selit namamu di dalam doaku dan setiap sujudku, Al-Fatihah untukmu imam ku Syed Umar Mokhtar,” tulisnya.
Dalam pada itu, Hidayah turut berjanji untuk menjaga dan membimbing anak mereka menjadi anak soleh yang akan sentiasa mendoakan arwah bapanya.
- SUMBER
- mStar Online
Arwah P Ramlee, Sudirman dan hakim Salleh Abas mmg layak dikenang selalu atas kehebatan mereka. Begitu juga arwah moyangku yang namanya tersemat sebagai nama sekolah agama. al fatihah untuk mereka.
kesah keluarga ni bermula ‘spark’ bila netizen dan pencari viral yang campur tangan..
kalau ikut pada kehidupan keluarga biasa biasa..tak jauh jalan ceritanya..mungkin senang untuk dileraikan
orang yg selalu cop menantu ni org luar mmg spesis bodoh. lupa agaknya bila tak mengandung lg didesak2 suruh hamil. bila anak tak terurus disalahkan menantu. bila anak tak happy disalahkan menantu. bila anak mati terus cakap menantu tak payah duit tp aku mak bapak nk pakai duit tu. bodoh agak nye tak pikir cucu dia dh jd anak yatim hilang tmpt bergantung. kau mak bapak anak2 ramai tp nk juga mengharapkan yg dh meninggal. maybe yg lain tu oku kekal di otak, tak mampu nk bela mak ayah dh. situasi yg selalu jd, paling sedih ipar duai pun lapar duit mcm kebulur sgt.