Usianya kini sudah mencecah 50 tahun, penyanyi Mas Idayu mendedahkan dia kini sedang mengenali hati budi seseorang dann tidak menolak untuk meneruskan hubungan itu ke fasa lebih serius.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Bagaimanapun, Mas Idayu berkata dia belum bersedia untuk berkongsi mengenai identiti lelaki itu yang juga bekerja dalam industri hiburan.
BACA: Diam-Diam Mas Idayu Kini Sudah Berhijab?
“Selama lebih 15 tahun hidup sendiri, saya akui terkejut dan tidak menyangka akhirnya pintu hati terbuka untuk mengenali seseorang. Perasaannya ibarat ketika mengenali lelaki pada zaman anak dara. Rasa menggigil nak jawab soalan ini.
“Selama ini saya tutup pintu hati untuk menerima pasangan baru walaupun banyak lelaki cuba mendekati. Pernah juga ada lelaki muda yang cuba untuk rapat tetapi jika saya okey, anak pula sebaliknya.
“Sebenarnya saya selalu berdoa agar dibukakan rezeki jodoh sebab sudah tiba masanya untuk saya ada teman,” katanya.
Dalam pada itu, Mas Idayu tidak menyangka dia dipertemukan dengan seseorang yang bekerja di dalam industri seni. Bagaimanapun, Mas Idayu berkata lelaki tersebut bukan seorang selebriti.
“Saya tak sangka dia hadir dalam hidup saya walhal sebelum ini kami pernah beberapa kali bekerjasama. Tahun lalu ada yang cuba usik saya dengannya, tapi kami mula rapat tahun ini. Apa yang boleh saya katakan dia bukanlah selebriti.
“Kami juga sudah keluar berjumpa beberapa kali dan setakat ini hubungan berjalan dengan baik. Cuma apa yang minta doakan agar yang baik-baik saja, Insya-Allah,” katanya.
Terdahulu, Mas Idayu pernah berkahwin dengan pelakon Aman Graseka namun bercerai pada tahun 2006. Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Dayini Ashiqah yang kini berusia 25 tahun.