Diam-Diam Mas Idayu Kini Sudah Berhijab?
Perkongsian foto penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu menjadi perhatian ramai apabila dilihat tampil berhijab sekaligus mengundang persoalan netizen adakah dia sudah berhijrah.
Menerusi foto dikongsikan, penyanyi berusia 49 tahun itu dilihat tampil sopan serta berkongsikan posting memaparkan aktiviti hariannya.
BACA: 15 Tahun Menjanda, Mas Idayu Terbuka Hati Nak Kahwin Lagi
Dalam satu foto dikongsikan, Mas Idayu memuat naik gambarnya berhijab memaparkan aktiviti dine-in di salah sebuah restoran, pada 1 September lalu.
View this post on Instagram
Rata-rata netizen memuji penampilan penyanyi itu yang dilihat sangat manis serta mendoakan agar penyanyi berkenaan agar terus istiqamah untuk berhijrah.
Malah, ada yang mengatakan Mas Idayu dilihat semakin muda apabila berhijab dan sejuk mata memandang melihat penampilannya itu.
Nampaknya semakin ramai selebriti wanita berhijrah ke arah lebih baik. Sama-sama kita doakan yang baik-baik dan semoga mereka kekal istiqamah dalam berhijab.
asal bertudung, lebih baik…
tak bertudung, kurang baik…
Alhamdulillah suka nengoknyer
Kepoci, lebih baik penampilannya
Tutup aurat itu wajib. So makcik ni dah kembali kepada tuntutan sahaja. Takde yg pelik pun. Yang pasti lidah. Kena jaga, sbb dari kata2 kita ada yg org suka dan tak suka. Jangan main cakap sedap mulut, jika ada yg terasa pasti berdosa. Ingat tu makcik…
Asal bertudung je,mekap tebal….
Tak boleh ke sederhana je?
tpi gmbr yg putih semcm tu..mcm THE NUN waktu happy