“Tak Tahu Siang Ikan Bukan Isu Besar, Netizen Suka Cari Salah”
Baru-baru ini, Elfira Loy ada berkongsikan video menunjukkan suaminya, Faris Khairol Anuar menyiang ikan. Apa yang menjadi perhatian adalah kapsyen video tersebut, Elfira mengakui bahawa dia tidak tahu cara untuk siang ikan.
Perkongsian Elfira itu menjadi bualan hangat netizen malah ada yang menyindir pelakon tersebut dengan mengatakan bersanding lima kali tetapi siang ikan pun tidak tahu.
BACA: Tak Tahu Siang Ikan, Elfira Loy Diperli Netizen
Bagaimanapun, Elfira berkata tidak pandai siang ikan bukanlah isu besar tetapi ia diperbesarkan oleh netizen yang suka mencari kesalahan orang lain.
“Itu bukan sesuatu isu yang besar pun tapi anda kenal netizen. Mereka suka bila anda tak tahu sesuatu daripada anda tahu semuanya. Kalau hari itu saya tak tahu, tiba-tiba hari ini saya dah tahu, anda ingat mereka nak kisah? Tidak.
“Lebih baik saya tidak berdebat atau melakukan apa-apa dengan orang macam tu sebab dia akan merosakkan minda dan perangai kita.”
Elfira menjelaskan, dia sebenarnya bukan tidak pandai tetapi tidak tahu cara untuk menyiang ikan kerana selalunya ia boleh dilakukan oleh pekerja di kedai.
“Saya tidak cakap yang saya tidak pandai, saya cuma kata tidak tahu sebab tidak pernah tahu. Selalunya kedai yang siangkan. Kenapa ada beza ke kedai siang dengan kita siang? Kejap lagi nak cuba gorenglah ada beza ke tak. Tak pandai jaga mulut tu ada beza,” tulis Elfira.
Biasalah bila jadi selebriti semuanya serba tak kena di mata netizen. Tapi netizen pun kena ingat selebriti pun manusia biasa. Tiada masalah pun jika seorang wanita itu tidak tahu menyiang ikan sebab semua itu boleh belajar perlahan-lahan.
- SUMBER
- mStar Online
biasalah irang malausia. kalau kita tahu kata kita menunjuk. bila kita cakap tak tau lg mcm2 kutukan. tapi tu lah, sendiri yg nak sebar, sendiri kena sabarlah ye pira. lapyu
Sebab tu aku cakap.bodo tu sembunyi sikit.kan dah kena.padanla muka ko
Kannn…ada jer org lain yg x tau…tp xde lar canang 1 msia..huhuu.. sbenarnye nk show off husband rajin,alih2 makan diri sendri balik…
Setuju! Mmg btul apa y Cuba hendak disampaikannya.
sedih la kalau dpt menantu x reti siang ikan ni.. ikan kembung je kot.. ikan lain lagi laaaaaa pirah .. sure jenis2 ikan pun kau x kenal ni
Dunia hari ni,semua benda nak dikongsi jadi hadaplah pujian@kejian dgn hati terbuka..apa yg ok bg kita xsemestinya ok bg netizen..bg attention seeker yg laparkan like@love kn terima la pendapat org lain xgitu.. Org dulu2 klu yg sisi yang buruk@bdosa nkdisembunyikan,tp org skrg itu yg nkditayang jadi jgn sentaplah,mudah kan.
Ingat lah apa yg kita kongsi di social media menjadi saham pahala@dosa utk kita..done tazkirah lol..
betul tu umi.
mcm ni lah kak pira, dgr tau. kadang org confuse sikit. kalau akak mula kan cerita, org balas komen kan. akak kalau tak mula, org pon tkde cerita nak komen. betul tak? AND dari dulu akak sedia maklum org kita suukaaa membawang, takkan akak tak pernah terfikir eh aku up story ni mesti org kecoh, ah tkpelah, update status whatsapp je lah, ke share dgn family chatgrp je la.
tapi kalau akak ckp, eh ig i, suka hati i la. ni part org kadang compuse. akak mungkin da bukak ruang utk org membawang, secara langsung ataupon tidak. sebab akak pon sedar ni, u jugak yg ckp, kita buat baik org ckp, buat salah pon ckp. bawang rangers mmg byk. tapi klau tkde story dorang diam. akak rasa siapa yg bukak ruang utk org buat dosa bawang tu? apek bawang ke? sy tak pasti la dosa pembawang tu tanggungan siapa tapi akak takde rasa takut ke kalau terbeban kat bahu akak? sy syg akak. akak fikir2kan la.
Setuju sgt2
Drama…drama semua nih!
Tak jadi isu sbb laki kau orang kaya, ada helper. Tak jadi isu sebab laki kau tau siang ikan. Kalau kau kena hidup berdikari sendiri tanpa suami atau mak ayah, dengan duit yg tak seberapa dalam simpanan, baru kau tau pentingnya skill2 mcm tu. Dasar bimbo melayu. Diri sendiri yg tayang kebodohan diri, diri sendiri meroyan. Tau melawa je pastu perasan lawa. Tenuk lagi lawa dari kau kahkahkahkah
“bukan tak pandai tapi tak tahu”….apa bezanya????
tak pandai tu bodoh.
tak tahu tu belom blajar
bukan bodoh tapi belom blajar.
kot?
kalau mcm tu x yah le nak pertahankan diri sgt..ckp tak tahu ckup…ni dh ketara sgt kebodohannya
Palui bezanya…
Laki hafaz 30 juzuk dengan hafal 30 lagu cinta
Emak menunjuk
Anak datuk dan datin dpt perempuan palui menunjuk2
maknyer nak cari menantu letak 1001 syarat mcm anknyer ada 1001 kepandaian…???
jgn salahkan mak2 org lain kalau nk menantu yg educated. takut keturunan bodo2…