fbpx

Tak Tahu Masak? Risau Dijeling Mertua? Ikuti Tips Mudah Di Dapur Ini

Sebenarnya kita tidak perlu mengambil kelas masakan pun semata-mata ingin menjadi seorang master chef kerana ramai orang lebih memilih untuk belajar sendiri di rumah. Dengan cara itu, ia boleh meningkatkan kemahiran masakan mereka dari semasa ke semasa.

Jadi, kami ada beberapa tips yang menarik bagi anda yang ingin belajar memasak pelbagai juadah. Jom kita tengok dekat bawah ni!

Berlatih Menjadi Tukang Masak Hebat

Memasak adalah bukan kerja yang mudah. Pelbagai bahan-bahan dan teknik harus diperbetulkan supaya masakan tersebut menjadi lebih enak.

Teruskan berlatih pada setiap masa yang korang ada agar korang mahir menjadi tukang masak yang hebat.

Asah Pisau Dengan Honing Rod

Pastikan pisau anda diasah terlebih dahulu dengan menggunakan honing rod untuk menjadikannya ia lebih tajam dan memudahkan kerja untuk memotong bahan-bahan masakan yang telah disediakan.

Caranya senang jer. Anda hanya perlu gesekkan dari pangkal hingga hujung di kedua-dua sisi mata pisau di atas honing rod.

Guna Peralatan Yang Sesuai

Sediakan peralatan yang sesuai dimana ia mempunyai pengalir haba yang baik bagi membolehkan makanan dimasak dengan seragam dan senang dibersihkan sebelum beraksi di dapur.

Manakala peralatan seperti sudip dan senduk pula perlu diperbuat daripada bahan yang tidak mengalirkan haba supaya anda boleh memegang ketika memasak.

Masakan Rasa Lebih Enak

Kalau nak masakan rasa lebih enak, kami sarankan anda untuk gunakan bahan berkualiti tinggi dan sihat seperti produk Anchor Dairy kerana ia adalah produk tenusu yang paling dipercayai di dunia.

Anchor Dairy ini berasal dari New Zealand dimana mereka memastikan susu tersebut memenuhi dan melebihi standard makanan serta keselamatan tanpa kompromi.

Ikut Resepi Dengan Betul

Zaman sekarang kita mempunyai teknologi canggih dengan menggunakan telefon pintar jer. Korang hanya perlu search di Google untuk mencari resepi masakan yang anda nak. Mudah kan?

Kami pun ada beberapa resepi menarik untuk dikongsikan daripada Kuali yang menggunakan produk Anchor Dairy ni. Selamat mencuba!

Chicken Parmigiana

Siapa minat makanan barat? Anda boleh cuba resepi Chicken Parmigiana di sini. Apa yang lebih menarik dan membuatkan ia lebih rasa seperti anda berada di Itali adalah bila adanya Anchor Unsalted Butter. Pergh! Barulah sedap gais.

Burnt Cheesecake

Burnt Cheesecake merupakan hidangan kegemaran orang ramai. Ia juga cukup mudah dibuat dengan hanya menggunakan ketuhar ataupun air fryer. Kalau anda nak ia rasa lebih enak dan lembut, boleh cuba resepi di sini. Ada macam-macam perisa seperti Original, Chocolate, Matcha dan Durian.

Cheddar Cheese Tart

Cheddar Cheese Tart merupakan salah satu pencuci mulut kegemaran kami. Memang sesuai lah untuk peminat keju ni. Lagipun, ia amat sesuai jikalau dihidangkan untuk 30 orang bagi pelbagai jenis majlis. Nak cuba? Boleh klik dekat sini.

Sebenarnya banyak lagi resepi yang enak dan menarik kita boleh dapatkan. Kami kadang-kadang belajar juga daripada influencer ni.

https://www.instagram.com/p/CE-gxj_ByyS/
Kredit: IG Kevin Voon

https://www.instagram.com/p/CEqZD4ilHEE/
Kredit: IG Chef Matin_02

https://www.instagram.com/p/CEZIpdxleDU/
Kredit: IG Khareez Kasbulah

Mudah jer kan? Sekarang anda dah tak perlu risau lagi dah bila tetamu datang ke rumah walaupun kita baru jer nak belajar memasak.

Untuk maklumat lebih lanjut, jangan lupa layari website https://www.kuali.com/ untuk mempelajari pelbagai resepi hidangan masakan dengan menggunakan produk Anchor Dairy yang berkualiti tinggi. Semoga bermanfaat!