Boleh dikatakan ramai yang mengikuti perkembangan anak angkat kepada Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Shahida iaitu Ameena di Instagram. Namun ramai yang tertanya-tanya mengapa akaun milik Ameena tidak lagi kelihatan.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Terbaru, Datin Shahida mendedahkan akaun media sosial milik anak angkatnya itu telah pun ditutup. Shahida memberitahu dia terpaksa menutup akaun tersebut kerana sering menjadi tempat perbalahan dikalangan netizen.
BACA: Datin Shahida Salahkan Netizen Qayyum Dipulangkan?
“Banyak yang tanya mana IG Ameena. Untuk pengetahuan semua saya dah tutup sebab banyak sangat yang tukang jaga pakai mulut.
“Itu tak kena ini tak kena.Bergaduh sesama sendiri. Dengan saya pun stress terjebak. Alhamdulillah sejak takda ig tu hidup saya makin tenang. Biarlah dia jalani hidup biasa sebab mak ayah kandung dia pun orang biasa.
“Nanti gaduh-gaduh komen itu tak tak kena ini tak kena ada yang makan hati bila baca komen terutama parents kandung dia.
Dalam pada itu, Shahida memberitahu ada pula netizen menuduhnya mengambil kesempatan untuk menumpang populariti Ameena.
“Ada pula yang cakap saya jaga sebab nak ambik kesempatan tumpang populariti? Saya pun confius sekejap.
“Jadi untuk memastikan saya tak tumpang populariti Ameena saya tutup la ig dia ya biar dia hidup dengan aman damai dan bahagia,” tulisnya.
Diruangan komen, rata-rata pengikutnya bersetuju dengan keputusan menutup akaun Instagram Ameena. Kata netizen lagi, selepas ini tiada lagi mulut makcik bawang yang sibuk membandingkan Ameena dengan anak-anak lain.