fbpx

Menerusi siaran langsung di TikTok sebenar tadi, pelakon Fatin Afeefa membuat satu lagi pendedahan mengenai isu melibatkan bekas suaminya, Adam Shahz.

Fatin yang dilihat mengalirkan air mata berkata dia tidak tahan dengan kontroversi melanda dirinya serta membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam industri seni.

BACA: Jalan Pegang Tangan, Fatin Afeefa Tayang Kekasih Jutawan?

Menurut Fatin, dia mengambil keputusan itu kerana tidak mahu anak-anak berasa terganggu dengan kontroversi melanda dirinya ketika ini.

“Saya dah tak nak hidup macam ni. Saya dah berhenti berlakon. Menyanyi pun dah tak ada. Saya dah 10 bulan tak berlakon mana-mana,” katanya.

Kata Fatin lagi, dia berharap dengan keputusannya itu dapat memberikan kebahagiaan buat bekas suaminya selepas pelbagai tohmahan dilemparkan.

“Bagi lah fame ni semua kat dia. Kalau dia bahagia macam ni, ambil lah. Saya selama ni tak pernah bagi kenyataan apa-apa. Tapi dia?” katanya.

Dalam pada itu, Fatin menberitahu dia mahu memberi fokus kepada anak-anaknya dan perniagaan yang diusahakannya ketika ini