fbpx

Jalan Pegang Tangan, Fatin Afeefa Tayang Kekasih Jutawan?

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai isu antara pelakon Fatin Afeefa dan bekas suaminya, Adam Shahz berikutan ungkit-mengungkit kisah perceraian mereka.

Baru-baru ini tular gambar Fatin menjadi bualan ramai memaparkan aktres itu bersama seorang lelaki didakwa kekasihnya.

BACA: “Arrian Bukan Anak Luar Nikah, Tolonglah!” – Fatin Afeefa

Menerusi gambar tersebut, Fatin dilihat berpegangan tangan dengan lelaki misteri itu sekaligus membuatkan netizen tertanya-tanya siapa gerangan jejaka kacak itu.

Di media sosial, ada netizen mendakwa lelaki tersebut merupakan seorang jutawan namun tidak dapat dipastikan kesahihan perkara itu.

Dalam pada itu, ada netizen mendakwa mungkin ini sebab mengapa bekas suami ‘meroyan’ kerana Fatin dikatakan sudah bahagia bersama yang lain.

Sementara itu, rata-rata netizen mendoakan agar Fatin segera mendirikan rumah tangga serta memuji pasangan itu sememangnya sama cantik, sama padan.

Terdahulu, Fatin berkata dia sudah pun move on daripada kisah lalu perkahwinannya serta mengatakan bakal berkahwin dengan teman lelakinya.