fbpx

Tak Simpan Dendam, Misha Omar Tarik Balik Laporan Polis

Misha Omar berasa lega apabila isu fitnah terhadap dirinya diatas kemenangan di malam AJL33 selesai apabila individu kedua tampil bertemu dengannya dan membuat permohonan maaf.

BACA: Individu Fitnah Misha Omar Tampil Mohon Maaf

“Alhamdulillah rasa lega sangat apabila isu ini selesai dan dapat berjumpa dua individu tersebut. Demi Allah saya tiada dendam dengan mereka dan mereka berdua menjadi hero kerana berani dan ikhlas bertemu saya,” jelasnya.

Menurut Misha, pertemuan bersama dengan dua individu terbabit adalah untuk mencari jalan penyelesaian dan tidak mahu memanjangkan isu ini. Dua individu penyebar fitnah itu dikenali sebagai Fairuz Azwan dan Zahar Bubu.

Misha yang ditemui dalam sidang media pertemuan dan permohonan maaf fitnah netizen berkata, beliau akan menarik balik laporan polis yang dibuat di Balai Polis Kota Damansara dalam masa terdekat.

Kagum betul dengan cara Misha mengendalikan kontroversi fitnah melibatkan dirinya. Mungkin cara Misha ini boleh menjadi inspirasi buat artis lain untuk bertemu empat mata dan menyelesaikan dengan baik. (rtky/w)