fbpx

“Tak Sesuai Doa Kami ‘Getback’, Shila Masih Pegang Status Isteri Orang”

Bulan lalu, perkongsian penyanyi Shila Amzah mengejutkan ramai apabila memaklumkan bahawa dia sudah pun menfailkan perceraian dan sudah dua bulan tidak lagi sebumbung dengan suaminya, Haris Idraki Elias.

Perkongsian Shila itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis yang mendoakan semua urusan dipermudahkan termasuk pelakon Sharnaaz Ahmad yang turut memberikan kata-kata semangat buat penyanyi itu.

BACA: Sharnaaz Ahmad Beri Kata Semangat Buat Shila Amzah

Bagaimanapun, gara-gara memberi kata semangat kepada Shila, rata-rata netizen mendoakan agar Sharnaaz dan penyanyi itu kembali bersama.

Memetik portal OhBulan, Sharnaaz berkata doa tersebut tidak sesuai dengan situasi sekarang apatah lagi Shila lagi memegang status isteri.

“Doa itu bagus. Tapi rasanya tak sesuai buat masa sekarang untuk mendoakan yang agak mendesak. Sebab Shila masih memegang status isteri.

“Shila belum cerai lagi. Jadi, kena la hormati keluarga Shila dan dia juga. Dulu pun kami pernah bertelagah tapi benda dah lama. Masing-masing dah tua pun,” katanya.

Dalam pada itu, Sharnaaz berkata dia pernah berdepan perceraian sebelum ini dan meminta semua pihak memberi ruang kepada Shila untuk berdepan dugaan tersebut.

“Saya punya ‘turn’ dah lepas. Sekarang bagi Shila ruang untuk dia hadapi dugaan ini. Percayalah, setiap dugaan yang Allah bagi, insya-Allah ada ganjaran yang lagi besar selepas ini. Jadi nak taknak, kena hadap. Strong is only option. I’m build with tank dan saya yakin Shila is build like a tank too,” katanya.

Kata Sharnaaz lagi, dia yakin bahawa Shila seorang wanita yang kuat dan apa yang perlu diberi diutamakan adalah hal anak.

“Dia kuat, insya-Allah dia akan okey. Jangan pedulikan orang luar. Apa yang penting sekarang adalah anak. Yang lain boleh usaha sendiri dengan tulang empat kerat,” katanya.

Terdahulu, Shila memaklumkan sudah dua bulan keluar dari rumahnya di Cyberjaya dan kini menetap di rumah ibu bapanya di Hulu Langat.

Shila mendirikan rumah tangga dengan Haris pada tahun 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais kini berusia 2 tahun.