fbpx

Sharnaaz Ahmad Beri Kata Semangat Buat Shila Amzah

Semalam, perkongsian penyanyi Shila Amzah mengejutkan ramai apabila memaklumkan bahawa dia sudah pun menfailkan perceraian dan sudah dua bulan tidak lagi sebumbung dengan suaminya, Haris Idraki Elias.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Shila berkata perceraiannya masih dalam proses apatah lagi pihak sebelah sana seolah mahu memanjangkan perkara tersebut.

BACA: Shila Amzah Sudah Failkan Cerai, Suami Enggan Keluar Rumah

Sudah dua bulan tinggal di rumah ibu bapanya serta berdepan dugaan apabila rumah ibu bapanya dinaiki air, Shila berkata dia mempunyai rumah di Cyberjaya namun tidak selesa untuk pulang kerana suaminya masih berada di rumahnya.

Perkongsian Shila itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis yang meluahkan rasa terkejut serta mendoakan semua urusan dipermudahkan. Turut menjadi perhatian, pelakon Sharnaaz Ahmad turut memberikan kata-kata semangat buat penyanyi itu.

“Semoga semua tabah mengharungi ujian. Semoga semua dalam keadaan yang baik-baik, setiap dugaan dan ujian ada ganjaran,” katanya.

Terdahulu, Shila mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais kini berusia dua tahun.