fbpx

Tak Semua Artis Buat Maksiat, Lisa Surihani Sibuk Kejar Akhirat

Sejak kebelakangan ini ada saja cerita atau kontroversi panas terpalit beberapa selebriti antaranya ada yang membuka hijab, sakan bergelek dan juga aksi mesra antara pelakon lelaki dan wanita.

Ketika ada segelintir selebriti mencalarkan industri huburan tempatan dan hanyut membuat maksiat, namun ramai jga yang sibuk mengejar akhirat.

BACA:Enggan Dedah Anak Dunia Seni, Lisa Surihani Mahu Anak Jadi Doktor, Peguam

Sebut saja nama Datin Lisa Surihani, sememangnya ramai yang senang dengan penghijrahan pelakon itu yang sering menyertai majlis agama.

Baru-baru ini, perkongsian Lisa menjadi perhatian apabila menyertai majlis keagamaan di rumah rakan selebriti Linda Rafar pada Ahad lalu.

Kelas agama dan ceramah bersama Ustaz Wadi Anuar itu juga turut disertai ramai selebriti antaranya Datuk Nora, Izara Aishah, Neelofa, Datuk Ziela Jalil, Azza Elite, Datin Seri Heliza Helmi, Erra Fazira dan ramai lagi.

Diruangan komen perkongsian itu, ada yang meluahkan rasa sebak dan syukur melihat ramai artis berkumpul untuk mendalami agama.

Malah, ramai yang meluahkan rasa sejuk hati apabila melihat kesemua selebriti tampil sopan serta mendoakan agar kita semua beroleh kejayaan dunia dan akhirat.