fbpx

“Tak Semestinya Ayah Ustaz, Anak Tak Akan Buat Dosa” – Caprice

Minggu lalu hangat diperkatakan di media sosial apabila tular video didakwa pelakon Syafi Tee berpelukan dan mencium seorang wanita.

Malah, bapanya penceramah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah turut bersuara serta mengakui bahawa dirinya juga tidak sempurna.

BACA: Video Cium, Kekasih Syafi Tee Bukan Wanita, Bangga Mengaku Transgender?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Isu tular itu turut mendapat perhatian penyanyi rap, Caprice yang tampil memberikan pendapatanya mengenai perkara berkenaan. Caprice tidak faham apabila netizen bertindak mengecam bapa pelakon itu sedangkan iman seorang ayah tidak dapat diturunkan kepada anak.

“Cap tak faham netizen yang kecam ayah dia. Tak semestinya ayah kita ustaz, anak kita confirm tak akan buat dosa.

“Tak semestinya ayah kita polis, anak kita confirm tak akan buat jahat. Tak semestinya ayah kita menteri, anak kita tak suka makan kek,” katanya.

Menurut Caprice lagi, tiada manusia yang sempurna dan dia percaya bahawa semua ibu bapa sentiasa melakukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

“My point, tak ada siapa dekat muka bumi ini sempurna dan saya yakin ibu bapa sentiasa berikan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

“Sama juga sebagai anak, kita akan belajar daripada ibu bapa dan belajar daripada kesilapan. Tak akan korang tak pernah buat silap. Asalkan kita belajar daripada kesilapan, ubah dan sentiasa melangkah ke hadapan,” katanya.