fbpx

“Tak Sangka Shukri Yahaya Ambil Watak Macam Ni”

Sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai drama dan filem Melayu memaparkan adegan kurang sesuai untuk ditonton oleh umum.

Baru-baru ini, tular perkongsian seorang pengguna X memuat naik babak drama Layang-Layang Perkahwinan lakonan Shukri Yahaya sebagai Azim dan Alya Iman sebagai Tsuraya.

BACA: Babak Amuk Pada Shukri, Puteri Sarah Dedah Scene Dibuat Pada Hari Fail Cerai

Menerusi babak itu, Azim dilhat sedang mandi sambil dilihat oleh pembantu peribadinya, Tsuraya yang hanya memakai baju tidur.

Kedua mereka sedang berbual sebelum Azim bertanyakan Tsuraya sama ada sudah mandi ke belum kemudian menarik tangan wanita itu yang hanya tersenyum.

Seperti sudah dijangka, babak tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang jijik kerana ada babak berkenaan dalam drama serta mempersoalkan mengapa drama Melayu sekarang semakin mengarut.

Sementara itu, ada juga netizen mempersoalkan siapa produser, penulis dan pengarah drama tersebut. Tidak kurang juga ada yang mempersoalkan mengapa drama berunsur kecurangan sering dibuat.

Dalam pada itu, ada yang tidak sangka Shukri akan mengambil watak tersebut serta kecewa aktor itu menerima watak berkenaan. Malah, ada yang tertanya bagaimana perasaan isterinya melakonkan babak tersebut.