fbpx

Umum mengetahui, drama Andai Itu Takdirnya lakonan Shukri Yahaya dan Hannah Delisha sudah pun ditayangkan dan menjadi bualan ramai penonton.

Namun, apa yang lebih menjadi perhatian apabila tular watak Puteri Sarah Liyana yang memegang watak Umairah merupakan rakan kepada Hannah yang membawa watak sebagai Aleya.

BACA: “Penyokong Lelaki Tegar Syamsul, Check Balik Kot! Saya Yang Beli Beras” – Puteri Sarah

Menerusi babak itu, Umairah mengamuk serta meluahkan kemarahan pada Shukri yang membawa watak Syed Azri kerana menyeksa isterinya.

Bagaimanapun, rata-rata netizen dapat merasakan Puteri Sarah seolah meluahkan kemarahan yang terpendam apatah lagi dialog yang disampaikan penuh dengan perasaan.

Tidak kurang juga, ramai yang terkejut apatah lagi Puteri Sarah sebelum ini membawakan watak yang lemah lembut namun kini cukup berbeza.

 

Sementara itu, menerusi Instagram Puteri Sarah ada memuat naik video babak tersebut serta mengucapkan terima kasih kepada penulis novel dan skrip yang memberikannya peluang berlakon dalam drama tersebut.

Diruangan komen, Puteri Sarah turut mengatakan babak tersebut dilakukan secara ‘one take’ dan kebetulan ada hari dia memfailkan perceraian.