“Tak Sangka Kapsyen Saya Itu Jadi Isu”
Memuat naik gambar berdua dengan pelakon Ashraf Muslim, usahwan popular Mawar Karim memohon maaf andai tindakannya itu mengguris hati mana-mana pihak.
Menurut Mawar, pertemuannya dengan Ashraf berlaku secara tidak sengaja dimana ketika itu dia terserempak dengan pelakon itu di kediaman salah seorang teman di Jeddah.
BACA: Fizo Omar Sah Bergelar Suami Bekas Pramugari
“Kami terserempak di rumah salah seorang teman di Jeddah. Ketika itu, saya baru sampai, manakala Ashraf sudah mahu beransur pulang. Secara jujur, saya tiada niat mengguris hati sesiapa. Lagipun, kami bukan baru kenal, sebaliknya sudah lama saling mengenali.
“Secara kebetulan, kami terserempak di tempat asing, jadi saya mengambil peluang bergambar dengannya,” katanya.
Kata Mawar lagi, dia tidak menyangka kapsyen gambar tersebut menjadi apabila ramai berpendapat tindakannya tidak manis memandangkan status Ashraf sebagai suami orang.
“Bagi mengelakkan salah faham, saya sengaja meletakkan kapsyen tidak serius berbunyi ‘ana la thlatha’ yang bermaksud ‘saya bukan yang ketiga’, tetapi tidak sangka ia menjadi isu dalam kalangan netizen,” katanya.
Dalam pada itu, Mawar menafikan dia ke Tanah Suci Mekah untuk membawa diri susulan pernikahan bekas suaminya, Fizo Omar minggu lalu, sebaliknya ke sana atas urusan kerja.
“Patah hati dan bawa diri? Saya bukan berhijrah terus, sebaliknya ke Makkah atas urusan kerja. Buat kali pertama saya meninggalkan anak, Wan Maryam Wan Hafizol untuk tempoh lama dan pergi seorang diri.
“Sambil bekerja menguruskan hal dunia, saya tidak menyangka diberi peluang untuk muhasabah dan mendekatkan diri dengan Allah,” katanya.
Terdahulu, Mawar pernah mendirikan rumah tangga dengan Fizo Omar pada November 2013, namun bercerai pada Julai 2019. Pasangan itu dikurniakan anak perempuan, Wan Maryam, kini berusia 4 tahun.
- SUMBER
- BH Online
Banyak lagi kapsyen dlm dunia ni yg kau boleh pakai…nape kena pilih kapsyen tu???? Sengaja mintak perhatian…
Saja nk mengundang fitnah…
boleh je tulis, terjumpa rakan senegara…buh la hastag #urusankerja
tak ape biar pun yg ke tiga. ada pendapatan sendiri.itulah yg ashraf mahu.
asal.jgn yg bekerja jadi frontliner tidak cukup sex ashraf kesian dia.
dulu mengelupur habis x nak bergambar dgn perempuan di tanah suci sekarang dgn rela hati senyum senget dgn kacamata hitam.
org alim memang begini menunjukkan kealiman mereka kepada para pemuja seangkatan.
Betul tu @Bukan Sapa Sapa…dh ckp dh..banyak kapyen lain,yg tu jugak dia pilih…menggelenyar mnta perhatian
nak jgk attention, tak paham2 lah kome sume
dia ni bekas isteri fizo omar ye kawan2..
lepas bercerai..dia hnye org biase bkn suami selebriti ye kwn2 sekalian..
salah ke dia share post dgn mne2 lelaki ye kwn2 semua…
klau dia minat pn ape salah nye ye kwn2 tercinte…
bia la dia nk buat apew pn ye korang semua…
yg komen ckp dia batak perhatian pn ade..so whatttt???
itu ig dia….. jgn la korang pk bkn2 dia dh move on pn..
lg bgus dia x bermusuh dgn bekas suami si bg ank jaga..
xde masalh berebut hak penjagaan..itu korang x pk kebaikan si mawar tu… kesian jd single mom… korang ni kaki bully…so rude..bia dia dgn life lantak p la ni nk letak caption ape pn janji dia happy… dont menyemak ig dia kalau x ske..
aku pantang org kacau single mom sbb mak aku pn single mom..
masa hari2 bekas laki kau nah benikah jugak kau buat kapsyen terdesak kau tu kan oohh mawar beduri sungguh hati mu!
tergugat ke mawar beduri oiii dgn si jelita, ayu baik hati bini baru bekas mu… haha…