fbpx

Anak Dikritik Tak Comel, Netizen Backup Mawar Rashid

Baru-baru ini, pelakon Mawar Rashid berkongsikan beberapa keping gambar anak perempuannya Raden Seri Rosabella Cinta yang kini sudah mencecah usia dua bulan buat pengikutnya di Instagram.

Menerusi posting itu, Rosabella dilihat sangat comel memakai baju berwarna merah jambu bersama reben comel di kepala. Peminat teruja melihat perkongsian Mawar itu serta memuji kecomelan anak keduanya. Malah, ada yang mengatakan Rosabella mirip bapanya, Raf Yaakob.

BACA: Jarang Kongsi Foto Dengan Anak Tiri, Mawar Rashid Minta Netizen Jangan Gelabah

Namun, ada seorang netizen meninggalkan komen biadap apabila mengkritik wajah kedua-dua anak pelakon itu dengan mengatakan tidak comel sedangkan ibu bapa mereka cantik dan kacak.

Seperti sudah dijangka, komen oleh netizen itu dikecam teruk apabila rata-rata peminat tampil mempertahankan anak pelakon itu. Netizen juga kecewa apabila ada individu yang sanggup mengkritik ciptaan Tuhan lebih-lebih lagi kanak-kanak itu masih kecil.

Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob pada 9 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta serta memiliki dua lagi anak tiri.