Tak Sampai Seminit Buka Face Mask, Mustaqim Bahadon Didenda RM1,000
Gara-gara tindakannya menanggalkan pelitup muka di tempat awam, pelakon Mustaqim Bahadon dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 atas kesalahan melanggar prosuder operasi standard (SOP) Ahad lalu.
Menurutnya, ketika kejadian dia bersendirian di kawasan parkir motosikal di hadapan kedai gunting rambut miliknya di Wangsa Maju untuk menghisap rokok elektronik. Namun, tak sampai seminit dia didatangi oleh pihak berkuasa.
“Tak sampai seminit, saya disapa oleh pihak berkuasa dan mereka nyatakan saya langgar SOP kerana tak pakai mask, terus mereka beri kompaun. Dah kena denda RM1,000.
“Semaa itu saya seorang diri, tiada siapa bersama saya. Ingatkan boleh tanggal sekejap tapi rupa-rupanya itu satu kesalahan,” katanya.
Menerima dengan hati yang terbuka, Mustaqim berkata dia mengakui kesilapannya kerana menganggalkan topeng muka serta tidak peka dengan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
“Saya minta maaf, saya mengaku salah sebab tanggalkan mask walaupun sekejap. Saya ambil mudah fikir benda itu tak ada apa, kita fikir dah jaga SOP dan tak kacau orang tapi rupa-rupanya satu kesalahan.
“Saya tak salahkan pihak berkuasa sebab memang salah saya sendiri. Selama ini saya memang ikut SOP, mask tak pernah tinggal cuma semasa kejadian nasib tak baik. Tanggal kejap sebab nak hisap vape, tapi apa saya buat itu salah di kawasan awam,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Tak logik. Pihak berkuasa bukannya buta. Tak mungkin.
Ada cctv tak kawasan tu. X de saksi x boleh caya sgt.
Sapa pulak ni drama pe dia jd hero adeh…
Penipu je dlm seminit. Sah2 penguatkuasa dh perati lama tu
tadi aku …
kentot busokkkk!!
Tipula tu smeinit.kalu seminit bukak letak kat dagu jela.nmpak sgt propa.klu letak dagu org tak saman.dia tau.ko dah ready letak mask kat muka.
Pelakon mmgla pandai belakon
Kak se…. Saya pun nak kentut kat muka mamat pelakon ni… X caya dia.. Huhu anyway kak se, u adalah idola i huhu
I nak tahan kentut sebulan…. Kasi perut mual mual… Lepas sebulan gi umah mamat ni bila dia tanya nak apa, saya jatuhkan duit 5rm bila dia tunduk mengambilnyer saya cekak rambut dia dan kentut kentut terus dimuka propa dia hingga dia pengsan… Bila dia bangun saya dah tua sbb dia koma selama 25 tahun
nak promote kedai rambut dia la tuuuuu. chingggg je lebih.
dolla leather leggings ni aiiiihhhh geram aku
sorry, tapi zaman sekarang kalau takda bukti jangan percaya sangat. sesiapa pun boleh cakap apa apa, aku pun boleh cerita kena saman sorang sorang dalam kereta kat parking sebab tak pakai mask tapi selagi takda bukti, siapa je nak percaya