Tak Sampai Sebulan Isteri Hadiahkan, Aeril Zafrel Kata Tak Nak Pakai Lamborghini Lama-Lama
Baru saja menerima hadiah kereta daripada isterinya, Wawa Zainal bulan lalu, pelakon Aeril Zafrel berkata dia tidak bercadang untuk menggunakan kereta Lamborghini Aventador dalam tempoh yang lama.
Memetik Harian Metro, Aeril berkata dia sudah memaklumkan perkara itu kepada Wawa selepas mencuba membawa kereta berkenaan.
BACA: Aeril Zafrel Sebak, Menggigil Isteri Hadiahkan Lamborghini
“Sebelum ini saya ada kereta Mustang tapi bertahan selama setahun saja kerana kereta itu berada di rumah saja sehingga saya nekad menjualnya kepada kawan.
“Kemudian Wawa hadiahkan pula kereta baru ini dan selepas mencubanya beberapa kali kemungkinan kereta ini juga tak lama saya gunakan,” katanya.
Kata Aeril lagi, isterinya juga tidak berkecil hati mahupun marah kerana memahaminya yang hanya mahu mencuba kereta yang diidamkan.
“Dia sangat faham saya. Sewaktu dia belikan Mustang pun sama juga ceritanya. Saya sekadar nak cuba memandu dan ‘feel’ kereta itu. Sejenis pakai nak rasa sekejap.
“Saya bukan beli kereta mewah untuk menunjuk-nunjuk. Saya pun jarang muat naik gambar atau video di Instagram,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
mungkinkah kereta sewa ja utk publisiti murahan socmed?
Sewa kejap then acah2 tak nak pakai nak jual..
Done buruk sangka
Org2 kaya punya mainan mmg suka kumpul brg2 mewah yg limited bkn sbb nk hari2 pkai tp utk koleksi peribadi sbg rewards utk diri. Tiap kali renung semua aset2 mewah yg ko ada tu mcm ko menang trofi yg x semua org mampu miliki. Itulah nikmat kejayaan .
Ni sama ke tak mcm budak yg sewa penthouse kat klcc tu then upstory berjaya beli property bermilion ringgit pada usia 22 tahun tu?? ada sesapa nak mnjelaskan atau memberi pencerahan agar natizen x buruk sngka.
Retis mesia nie sumernya lebong je lebih. Tak kaya mcm mana pun tp tetap nak up. Keta kena tarik tak bayar ansuran kata tak nak membazir pakai dua kreta. Pinjaman rumah tak bayar kena lelong kata nak jual rumahlah. Nak duduk kondo tp tak bayar maintenance fee, security guard yg salah. Blog hiburan pulak kejanya mengampu dan menjadi pelindung dari perkara sebenar supaya org awam kagum dgn retis. Tipu dan berpura2 sumernya.
tp sales wawa cosmetics mmg letup, tgk agent dgn stokis pn blh tahan.. teringin nk join tp pemalas ya ampunnnn nk buat sales.. dulu dorg teruk kena kecam sbb kawen,sampai xde job org boikot.. slowly biz pastu berlakon balik.. bila fikir2 blk,teruk gk dorg kena..
hahha x ckp pn dh tahu…elak cukai…
elok laaa.. ustaz ckp sape ada koleksi (pinggan, kereta, jam, etc etc), lama perhitungan dia kt akhirat nnti
marketinggggg jeee untuk content diaorang
Keta sewa
Mcm lama nak pakai lama2. Sewa sebulan je.
Mcm mana nak pakai lama2. Sewa sebulan je.
Lebih 280,000 orang muda malaysia jadi bankrup kebanyakannya dari KL dan Selangor. Antara sebabnya ialah pinjaman peribadi dan pinjaman kereta yg tidak berbayar. Agak2nya berapa kena bayar sebulan untuk pinjaman keta lambongbegini, biemdoubleU, Odi dan mersedis rekon? Cari penyakit.