Jika sebelum ini koleksi tudung yang dikeluarkan oleh pelakon cantik, Nur Fazura laku habis, kali ini giliran beg tangan pula turut habis dijual tak sampai 5 jam dilancarkan.

Menerusi perkongsian di muat naik di Instagram, Fazura memaklumkan beg tangan jenamanya akan mula dijual di website jam 3 petang, Selasa lalu.

BACA: Baru Berapa Jam Dilancarkan, Tudung Fazura Habis Dijual

Namun, dalam beberapa jam sahaja beg tangan edisi raya itu sudah habis dijual. Malah, Fazura akui terkejut dengan sambutan luar biasa diterima.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FAZBULOUS (@fazbulouscom)

Diruangan komen, ramai yang kecewa kerana tidak sempat untuk mendapatkan koleksi beg tangan tersebut.

Dalam satu entri, Fazura mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudah mendapatkan beg tangan tersebut serta memohon maaf pada pihak yang tidak berkesempatan untuk membelinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Kata Fazura lagi, dia akan cuba untuk menambah stok beg tersebut secepat mungkin memandangkan ramai menghantar mesej mahu mendapatkan beg tangan berkenaan.