fbpx

Baru Berapa Jam Dilancarkan, Tudung Fazura Habis Dijual

Semalam, pelakon jelita Nur Fazura baru sahaja melancarkan koleksi tudung Jauharah Square Scarves dibawah jenama miliknya, Fazbulous.

Baru sahaja empat jam, koleksi tudung tersebut sudah habis dijual dan kehabisan stok selepas dilancarkan pada jam 3 petang semalam.

BACA:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FAZBULOUS (@fazbulouscom)

Menerusi Instagram Fazbulous, pihak pengurusan memohon maaf kepada mereka belum berjaya membeli dan akan ‘restock’ semula tudung tersebut dalam masa seminggu.

Diruangan komen, ramai yang kecewa kerana tidak sempat untuk mendapatkan koleksi tudung Fazura itu. Namun, ada yang mengucapkan tahniah serta meluahkan rasa syukur atas limpahan rezeki Fazura sempena bulan Ramadan ini.

Koleksi Jauharah Square Scarves dihasilkan daripada dua jenis kain iaitu ‘cotton’ dan ‘crep’ mempunyai mutiara eksklusif dengan namanya Jauharah. Harga sehelai tudung tersebut bermula RM25 hingga RM39 sahaja.