fbpx

“Tak Salah Ajak Kekasih Solat, Ajak Solat Pun Segan?”

Dah lama rasanya tak denga cerita tentang pelakon dan pengacara Qi Razali. Selepas hubungan cintanya bersama Nelydia Senrose putus sejak 2 tahun lalu, tiada lagi selebriti wanita lain yang dikaitkan dengan jejaka berusia 41 tahun ini.

Tapi sebenarnya Qi kini sudah pun mempunyai kekasih hati, bukanlah dikalangan selebriti tetapi seorang model, Nia. Memang cantik orangnya.

Baru-baru ini, status Twitternya menjadi perhatian ramai apabila dia meluahkan rasa pelik dengan sikap segelintir masyarakat yang segan untuk mengajak kawan atau teman wanita untuk menunaikan solat.

Menurutnya, tidak salah untuk mengajak orang sekeliling kita untuk solat. Tambahnya lagi, jika mereka tidak mahu solat atau marah kita balik tidak mengapa, asalkan kita sudah menunaikan tanggungjawab kita.

Lelaki yang boleh dijadikan suami sangat!

Rata-rata netizen bersetuju pendapat dengan Qi Razali. Ada juga yang mengatakan zaman sekarang nak ajak orang buat benda baik ramai yang pelik tetapi apabila buat benda jahat tidak pula dianggap pelik.