fbpx

“Tak Rindu Nak Bertudung Ke, Dah Makin Luas Tu”

Sejak mengambil keputusan untuk membuka hijab pada 2016, nama Uqasha Senrose antara selebriti yang sering dikecam dalam apa saja yang dilakukannya. Baru-baru ini, Uqasha ada kongsikan gambar percutiannya ke Thailand.

Gambar-gambar tersebut menarik perhatian netizen dan rata-rata mereka memuji kecantikan yang dimiliki oleh Uqasha. Namun, ada yang mengatakan pakaian yang digayakan oleh Uqasha dilihat seksi dan mengancam.

BACA: Komen Dada Uqasha Senrose, Iqram Dinzly Dikecam Teruk

Seperti sudah dijangka, ada segelintir netizen mengecam dengan mengatakan cara pemakaian Uqasha dilihat seperti ‘tidak cukup kain’. Ada juga netizen mengatakan Uqasha semakin berani berpakaian seksi sehingga menampakkan bahagian peha.

Bagaimanapun, masih ada lagi netizen yang masih sayangkan Uqasha memberikan nasihat mengenai cara pemakaiannya serta mendoakan agar Uqasha kembali berhijab seperti dahulu.

Apa pun doa yang baik-baik saja untuk Uqasha. Netizen pun janganlah terlalu cepat menghukum seseorang hanya kerana tidak bersetuju gaya pemakaian seseorang selebriti itu.