fbpx

“Tak Rasa Siti Sarah Tiada Tapi Perlu Terima Hakikat Arwah Dah Pergi”

Sudah 121 hari pemergian isteri tercinta Allahyarham Siti Sarah, pelawak Shuib Sepahtu berkata dia merasakan arwah isterinya seperti berada di sisi.

Bagaimanapun, Shuib berkata dia berpihak di bumi nyata dan perlu menerima hakikat bahawa Siti Sarah sudah tiada lagi.

BACA: Sambut Hari Jadi Uwais, Peminat Doakan DSV & Shuib Berjodohan

“Saya memang sedang melalui fasa syukur dan gembira dengan apa yang sedang dimiliki serta berlaku ketika ini. Hari ini (semalam) cukup 121 hari pemergian dia. Sebenarnya tidak rasa pun macam dia tiada tetapi perlu terima hakikat bahawa arwah sudah pergi,” katanya.

Berkongsikan di program MeleTOP pada Selasa lalu, Shuib mengakui dia berasa sedikit janggal untuk melakukan sesuatu perkara ke sesebuah lokasi yang sebelum ini dia akan pergi bersama Siti Sarah.

“Hari ini (malam tadi) pun datang sini, memang jarang buat benda tiada dia sebab banyak yang kami lakukan bersama. Memang rasa pelik tetapi ‘jalan’ saja.

“Sememangnya Allah SWT Maha Baik, walaupun Dia buat kita melalui perkara yang tidak okey tetapi jika difikir semula, sudah terlalu banyak yang Dia beri,” katanya.