fbpx

Sambut Hari Jadi Uwais, Peminat Doakan DSV & Shuib Berjodohan

Baru-baru ini, jutawan kosmetik Datuk Seri Vida mengadakan sambutan hari lahir anak sulung Shuib Sepahtu iaitu Uwais Al Qarni kerana tidak dapat memenuhi jemputan sebelum ini.

Membahasakan dirinya sebagai Mama Vida, menerusi video dikongsikan di Instagram dapat dilihat anak-anak arwah Siti Sarah begitu mesra dengan usahawan kosmetik itu.

BACA: DSV Dedah Pernah Bayar Gaji Iqbal Zulkifli RM100,000 Sebulan

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji sifat keibuan Vida, malah dilihat tidak kekok melayan anak-anak Shuib. Malah, netizen memuji tindakan Vida yang mahu menghiburkan anak-anak arwah Sarah.

Namun, ada komen seorang netizen yang berharap agar Vida berjodohan dengan Shuib dan menjadi ibu kepada anak-anak pelawak itu.

Malah, ada yang mengusik Cik B mungkin akan setuju dengan jodoh kali ini kerana akan mempunyai adik yang ramai.