fbpx

Tak Rasa Penat Ke Urus Banyak Komitmen Bulan-Bulan?

Bila sebut bab hutang ni, terus terpikir pasal balance duit yang tinggal, kan? Zaman sekarang ni duit memang sangat bernilai. Bak kata orang dahulu, utamakan keperluan daripada kehendak. Lagi-lagi musim PKP ni, lagi lah nak kena berjimat.

Buku hutang paling legend

Tapi kan, sampai bila korang nak termasuk dalam senarai geng-geng tak reti uruskan kewangan? Come on guys, dah 2021 sekarang, rasanya dah boleh cari jalan terbaik uruskan kewangan korang supaya tak terbeban.

Contohnya, kalau memohon personal loan atau personal financing, korang dah boleh tarik nafas lega sikit dalam bab-bab settle hutang-hutang.

Kalau korang nak tahu, BSN kini sedang menjalankan Kempen ‘Pembiayaan Untuk Keperluan Anda‘ melalui Pembiayaan Peribadi BSN MyRinggit/i. Tepat pada masanya untuk membantu keperluan kewangan korang!

Tak nak cakap lebih lah, dengan adanya personal financing, korang boleh buat empat (4) benda ni dengan senang hati. Nak tahu apa empat (4) benda tersebut? Jom baca!

1. Penyatuan Hutang

Senang jer cara nak kecilkan hutang korang yang bertimbun tu, mohon pembiayaan peribadi (personal financing ni nama standard dah sekarang sebab produk Islamik tau) dan first thing korang patut buat setelah dapat kelulusan – buat penyatuan hutang! Guna kaedah penyatuan hutang ni untuk kurangkan lagi commitment bulan-bulan tu, misalnya macam kad kredit dan pinjaman motor.

Bila dah satukan semua hutang tu, kurang lah sikit beban bulan-bulan, sebab hanya bayar dekat satu akaun saja. Boleh lah duit yang ada lebih tu korang guna untuk benda lain. Bukan ke mudah tu?

Duit selebihnya, harus buat sebagai simpanan peribadi. Penting tu ada simpanan ni.

2. Ubah Suai Rumah Menjadi Rumah Idaman

Haaa, bila dah ada duit lebih daripada penyatuan hutang, boleh korang guna untuk ubah suai rumah. Bila asyik terkurung sahaja dalam rumah tu, mula lah mata tu memerhati setiap sudut rumah dengan teliti. Paling cepat detect bab ni of course lah geng wife. Mula lah mood nak mencantikkan rumah tu datang. Itu belum kira mood nak tukar cat dengan nak beli perabot secara online lagi. Tapi ingat, berbelanja secara berhemah tau.

3. Pembelajaran Anak Pun Smooth Sahaja

Untungnya bila ada personal financing ni boleh jadi penyelamat bila tiba waktu duit dalam akaun bank dah mula keluarkan lampu merah. Musim COVID-19 ni anak-anak dah mula belajar secara dalam talian. Sudah tentu memerlukan gajet untuk online class.

Ramai ibu bapa yang mula pening kepala nak beli telefon atau tab untuk anak-anak. Yalah semua ni kan menggunakan duit. Bukan sikit-sikit, ratusan juga lah duit yang harus dikeluarkan. Tapi bila dah ada personal financing ni anak korang dapat belajar melalui online class dengan selesa sebab dapat beli gajet baru kan. Bukan setakat tu sahaja, bila anak nak sambung pendidikan ke menara gading pun, korang dah tak risau sebab duit simpanan peribadi sudah ada.

4. Meningkatkan Pelaburan Atau Simpanan

Bila sebut bab berniaga ni, sudah tentu harus ada pelaburan yang akan buatkan perniagaan korang untung. Personal financing dapat membantu korang membuat pelaburan. At least ada juga income nak tingkatkan pelaburan.

Simpanan pun penting juga, manalah tahu ada hari-hari yang tidak menentu.

Kalau korang nak capai empat (4) perkara tadi, sign up untuk Pembiayaan Peribadi BSN. Siap berpeluang menangi Proton X50 lagi (Hadiah Utama). Selain Proton X50, korang juga berpeluang memenangi hadiah bulanan seperti Apple MacBook Air atau Apple iPad.

Dengar cerita hadiah bulanan ni hanya terhad kepada lima (5) orang setiap bulan. Jadi tunggu apa lagi? Kalau belum ada personal financing, cepat-cepatlah mohon dengan BSN bermula sekarang sehingga 31 Mac ni. Boleh lah dapat hadiah seperti yang kami sebutkan tadi.

Ha! Sebelum kami terlupa untuk berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik ni ada terma & syaratnya.

Untuk layak menyertai kempen ini, akaun pembiayaan korang mestilah kekal aktif dan sah pada masa cabutan hadiah dibuat. Selain tu, rujuk terma dan syarat lain seperti di bawah:

Pembiayaan Baharu kepada Bank:

1) Pembiayaan minimum RM50,000 hingga RM99,999.99 – layak untuk dua (2) penyertaan

2) Pembiayaan RM100,000 ke atas – layak untuk empat (4) penyertaan.

Pembiayaan Sedia Ada:

1) Pembiayaan minimum RM50,000 hingga RM99,999.99 – layak untuk satu (1) penyertaan.

2) Pembiayaan RM100,000 ke atas – layak untuk dua (2) penyertaan.

Jadi kalau nak rebut peluang memenangi hadiah ni, jangan lupa mohon sekarang sehingga 31 Mac ini. Ingat! Hanya di BSN sahaja tau dapat peluang macam ni! Maklumat lanjut, layari laman rasmi ini atau boleh terjah Facebook dan Instagram BSN.