Menyambut ulang tahun kelahiran ke-28 semalam, pelakon Daiyan Trisha tidak meraikan hari jadinya, sebaliknya menggunakan masa dengan memberi bantuan untuk mangsa banjir.
Menerusi satu perkongsian, Daiyan membeli barang-barang keperluan untuk mangsa banjir dan kemudian ke Gurdwara Sahib untuk membantu memasak serta membungkus makanan.
BACA: Daiyan Trisha Idamkan Lelaki Kelakar, Beradab & Setia
View this post on Instagram
Dalam entri tersebut, Daiyan tersentuh melihat usaha rakyat Malaysia bekerja keras untuk meringankan beban mangsa yang terjejas akibat banjir.
Kata Daiyan lagi, dia berharap agar ramai orang dapat turun padang untuk menghulurkan bantuan atau cuba memberi sumbangan jika berkemampuan.
“Daiyan harap korang boleh tolong doakan supaya mangsa banjir dan semua yang menolong dipermudahkan urusan dan dilindungi Tuhan.
“Kalau ada rezeki lebih, boleh derma. Kalau ada masa, turun padang. Kalau tak ada, boleh tolong share awareness dan information,” katanya.