fbpx

“Tak Post Apa-Apa Pasal Palestin, Tak Bermakna Dia Tak Peduli”

Pelakon Zahiril Adzim menasihati orang ramai agar tidak membuat andaian sesuka hati jika seseorang itu mahupun selebriti tidak berkongsi tentang isu Palestin di media sosial mereka.

Zahiril berkata setiap orang ada cara mereka tersendiri menunjukkan rasa ambil berat dan orang ramai tidak sepatutnya mengecam hanya kerana tidak berkongsikan mengenai isu Palestin di media sosial.

BACA: Dua Kali Umrah, Zahiril Adzim Hajat Tunai Haji

 

“Kalau orang itu tak kongsi apa-apa mengenai isu Palestin di platform media sosial dia, tak bererti dia tak kisah dan tak peduli. Tak payah kamu marah, kecam atau menganjing. Jangan acah-acah. Relaks. Tenang.

“Masing-masing ada cara tersendiri. Mungkin dia pulun dengan doa atau dia belanjakan wang ringgit dia untuk sumbangan secara diam,” katanya.

Menerusi perkongsian di Insta Story itu juga, Zahiril turut mengatakan semua pihak perlu terus bersat dan tidak perlu memperbesarkan isu remeh tersebut.

“Bukan semua orang menghadap media sosial 24 jam macam kamu. Ini waktu umat Islam bersatu. Tak perlu bangkitkan isu remeh-temeh macam ni untuk berpecah-belah.

“Serius dik, jangan jadi Melayu bodoh waktu-waktu macam ini. Kita sama-sama berjuang cara kita okay? ‘Peace’,” katanya.