fbpx

“Tak pernah Terfikir Akan Sampai Macam Ni…” – Misya Mazlan

Isteri kepada Aslam iaitu Misya Mazlan kesal dengan tindakan sebuah jenama pakaian didakwa menjadikan kemelut rumah tangganya sebagai marketing.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Misya berkata dia memahami setiap peniaga mempunyai bermacam cara untuk memasarkan produl mereka namun dia tidak terfikir ada yang tidak sensitifi dengan situasi dialaminya.

BACA: Kakak Dakwa Misya Tak Tahu Butik Muslimah Jemput Marissa & Aslam Jadi Model

“Misya faham peniaga-peniaga semua ada macam-macam cara untuk marketing, cuma tak pernah terfikir akan sampai macam ni, nak pula tentang sensitiviti sekeliling dengan situasi sekarang dan untuk semua pihak. Moga Allah lindungi kita,” tulisnya.

Dalam pada itu, Misya turut meminta maaf kerana tidak dapat membalas semua mesej yang diterima di Instagram dan mengatakan setiap kata-kata netizen membuatkan dia semangat untuk terus bangkit.

“Kecewa itu fitrah, datang dan pergi itu pilihan. Tapi segala yang Allah aturkan pasti ada kebahagiaan untuk ciptaanNya,” tulisnya.

Sebelum ini, kakak kepada Misya iaitu Nadia Mazlan berkata adiknya tidak tahu mengenai kehadiran pempengaruh media sosial, Marissa Dania sebagai model jenama tersebut, apabila sampai di tempat berkenaan tahu mengetahuinya.