fbpx

Tak Pernah Rasa Dengki, Syada Amzah Bangga Dengan Shila

Penyanyi Syada Amzah menafikan dakwaan dia cemburu serta iri hati dengan kejayaan dikecapi kakaknya, penyanyi Shila Amzah.

Tenang membalas tuduhan tersebut, Syada berkata dia tidak pernah rasa dengki terhadap kejayaan Shila sebaliknya bangga kerana mempunyai kakak yang hebat.

BACA: Netizen Puji Suara Syada Amzah Sedap Cover Lagu Tagalog

“Tiada secebis pun rasa iri hati pada kakak saya, hanya masa yang ibu dan ayah luangkan untuknya dan tinggalkan saya dan adik beradik lain ketika masih bersekolah. Selain itu, bukan rasa cemburu sebaliknya saya rasa bangga sebab dapat kakak sehebat itu,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by #HasratSyada (@syadaamzahh)

Sementara itu, menerusi perkongsian di Instagram, Syada mengakui Shila adalah idolanya dalam bidang nyanyian dan tidak tersinggung sering dibandingkan dengan kakanya.

“Ya, dia idola saya dalam bidang nyanyian. Saya bersyukur kerana kami mempunyai pertalian darah. Alhamdulillah, tiada kata-kata daripada awak boleh menyinggung perasaan saya,” tulisnya.