fbpx

Netizen Puji Suara Syada Amzah Sedap Cover Lagu Tagalog

Sebelum ini adik kepada Shila Amzah iaitu Syada Amzah dikutuk apabila menyanyikan semula atau cover lagu arab popular berjudul ‘Kalam Eneih’.

Namun kali ini, video Syada menyanyikan lagu hits tagalog iaitu Ikaw At Ako (You and I) menjadi perhatian ramai.

BACA: “Macam Adik Aku Nyanyi Dalam Toilet Je” – Netizen

 

View this post on Instagram

 

A post shared by #HasratSyada (@syadaamzahh)

Menerusi video dikongsikan, Syada kelihat tenang menyanyikan lagu berkenaan meskipun pertama kali membawa lagu tersebut.

Diruangan komen, rata-rata netizen memuji kemerduan suara Syada membawakan lagu tersebut dengan baik. Malah, ada yang mendoakan agar bakat Syada terus berkembang.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan Syada boleh mewakilkan negara ke pentas nyanyian popular, Asian Wave di China seperti Shila Amzah.