fbpx

Tak Pernah Putus, Bantuan Berterusan Lapangkan Hati Kami!

‘Usia’ COVID-19 yang bermastautin di negara kita ini hampir mencecah dua tahun dan sejak ketibaannya, ia memberikan kesan yang mendalam dalam corak kehidupan kita, jauh berbeza daripada norma yang diterima.

Kalau diingatkan semula, permulaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun 2020, disambut dengan perasaan lega oleh majoriti daripada kita kerana kita mahu dilindungi daripada ancaman COVID-19.

Perasaan itu kemudian diganti dengan keresahan apabila PKP menjadi suatu yang berterusan akibat daripada wabak ini yang enggan meninggalkan kita.

Satu persatu masalah timbul dalam kalangan kita kerana ekonomi terjejas akibat daripada pandemik yang terus melanda – hilang pekerjaan, kurang pendapatan, beban semakin membesar dan hutang meningkat – sudah menjadi biasa.

Namun kita masih ada tempat mengadu, kerana kita mempunyai kerajaan yang berperanan bagai ketua keluarga yang prihatin dan mendengar setiap keluhan rakyat. Pelbagai inisiatif diusahakan dan pelbagai pakej bantuan diperkenalkan untuk membantu rakyat dan bagi merangsang sektor ekonomi.

Lapan Pakej Rangsangan & Bantuan Komprehensif

Pada tahun lepas, telah diperkenalkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) atau BPN 1.0 dan BPN 2.0, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) dan Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KitaPrihatin) selain pelbagai usaha di bawah Belanjawan negara 2021.

Tahun ini diperkenalkan pula Pakej Bantuan Perlidungan Ekonomi & Rakyat Malaysia (PERMAI), Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang disambung dengan PEMERKASA+ dan yang terbaru Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Lapan pakej komprehensif membantu rakyat dan merangsang ekonomi ini melibatkan perbelanjaan berjumlah RM38 bilion pada tahun 2020 dan dengan baki suntikan fiskal RM17 bilion yang dibawa ke tahun ini dengan unjuran perbelanjaan lebih besar lagi sebanyak RM45 bilion . Setakat ini sebanyak RM18 bilion dibelanjakan melalui pelbagai inisiatif.

Setiap yang diperuntukkan dan setiap bantuan yang disalurkan, telah dirangka secara menyeluruh, meliputi semua – anda, keluarga anda, rakan-rakan dan jiran – fasa demi fasa.

Website Ini Sangat Mudahkan Urusan

Mungkin ada daripada anda yang tidak tahu menahu tentang bantuan berterusan kerajaan ini atau tidak tahu cara mendapatkannya ataupun tidak menyedari yang anda juga layak memohon.

Sila dapatkan semua informasi dan penjelasan lanjut melalui LINK INI

Kalau tak percaya, cuba klik sekarang!

Lega Terima Bantuan Berterusan Kerajaan

Kami dapat menemu bual beberapa individu bertanyakan tentang bantuan berterusan yang diberikan kerajaan ini.

Farah Abdul Aziz, 29 antara salah satu individu dari golongan B40 yang senantiasa peka dengan apa jua pengumuman dan juga bantuan yang ditawarkan kerajaan.

Farah yang masih belum berkahwin mengaku memang terkesan dengan COVID-19 ni. Namun bantuan berterusan daripada kerajaan dalam banyak perkara, telah banyak membantunya.

Nak pula bila dia juga mempunyai bisnes secara online.

“Tak dinafikan keadaan sekarang sangat tertekan terutamanya bagi peniaga-peniaga kecil. Lebih-lebih lagi yang hilang kerja dan baru nak mula berniaga.

“Walaupun sangat terkesan, saya sangat bersyukur sedikit sebanyak dengan bantuan berterusan kerajaan membantu kurangkan beban saya dan juga peniaga kecil.

“Dalam masa yang sama, dengan adanya bantuan berterusan membolehkan peniaga cari peluang tambah ilmu untuk pasarkan produk secara online,” katanya.

Inisiatif Bijak Kerajaan, Membantu Saya!

Bagi Mohd Zamzuri Md Isa, 44, dia yang melakukan kerja kampung dan berkeluarga sangat mengharapkan bantuan dari kerajaan. Dengan gaji yang kecil, sebanyak RM700 sahaja, dia tidak mampu untuk berbelanja bulanan sekiranya tiada bantuan berterusan ini.

“Saya memang tidak tahu berkenaan bantuan yang diberikan kerajaan sekiranya tidak ada maklumat jelas. Alhamdulilah laman web yang diwujudkan kerajaan sangat membantu. Saya tahu jenis dan saluran bantuan yang boleh saya mohon.

“Dengan adanya bantuan seperti PEMERKASA+ dan terbaharu PEMULIH, saya dapat gunakan wang untuk perbeljanjaan keluarga.

Jelas Zamzuri, dia mengharapkan yang kerajaan akan terus menerus membantu golongan yang memerlukan sepertinya.

Seperti yang anda tahu, bantuan dari kerajaan ini tidak terhad kepada golongan B40 sahaja. Malah ianya menyeluruh kepada semua golongan termasuk M40, T40 dan juga merangkumi semua syarikat terutamanya PKS Mikro.