Tak Pernah Pukul Anak-Anak, Neelofa Hadiahkan Sejadah Harga RM2,500 Pada Mama Kartini
Ramai yang suka melihat keakraban selebriti terkenal, Neelofa dan ibunya Datin Noor Kartini. Malah, mereka juga tidak lokek berkongsikan momen bersama di media sosial.
Baru-baru ini, menerusi IG Live peminat bertanyakan sama ada Kartini pernah pukul anak-anak atau tidak. Noor Kartini menjawab dia tidak pernah berbuat demikian.
BACA: Ibu Dedah Neelofa Anak Luar Biasa, Jarang Tunjuk Air Mata
“Tak pernah la. Sayang anak macam mana nak pukul.” jelasnya.
Malah, Neelofa berkata dia juga tidak pernah melihat ibunya mengangkat tangan kepada anak-anak termasuk dirinya.
Dalam pada itu, Neelofa berkata meskipun sibuk dengan perniagaan namun ibunya tidak pernah mengabaikan pelajaran anak-anak.
“Sepanjang ini, Neelofa tak pernah nampak mama pukul mana-mana anak. Dan saya pun tak pernah dipukul oleh mama walau macam mana situasi pun.
“Mama sangat menitikberatkan pelajaran. Bagi tuisyen, bagi perhatian, suruh buat homework, tanya perkembangan sekolah.
“Saya ingat lagi masa darjah tiga dan hari itu ada ujian. Sepanjang perjalanan dari rumah ke sekolah dalam kereta tu, mama suruh ikut (baca) zikir penerang hati. Baca banyak kali,” katanya.
Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Kartini ada berkongsikan menerima hadiah sejadah daripada Neelofa.
Neelofa berkata sejadah tersebut dibeli sewaktu pertama kali menunaikan umrah pada 2012 dan ibunya masih menggunakan sejadah berkenaan sehingga kini.
“Masa itu umur saya 23 tahun, pada tahun 2012. Saya pergi umrah untuk kali pertama. Masa itu berlakon drama tak banyak lagi.. Sejadah itu harga RM2500 dan sangat berat.
“Gigih nak bawa balik untuk mama saya hand carry (naik kapal terbang). Lagi berharga sebab masa itu saya tak ada duit, RM2500 rasa mahal sangat.
“Tapi saya fikir kalau bagi kat mama, nanti pahala mama sembahyang, dapat kat saya. Sampai ke hari ini, mama masih guna..masih ada dalam bilik tidur,” katanya.
No wonder lofa mentally strong, menurun mak dia maybe.
Aku pun seorg mak n anak2 belum sekolah menengah, tp aku x dpt kawal emosi, penah pukul anak.. Sedihnya fikir yg ni, sebab tu mental n emosi ibu kena jaga
Aku x prnh pukul anak. X sampai hati. Anak aku bkn buat salah besar so buat apa sebat. Trauma la bdk tu kalo kita sebat.
sronok baca story dia, yg blh terima positif, alhamdullillah.. kita jadinkn sbg pndorong.. yg x suke yg la smpai mlmpau kecam…
Syukur la dikurniakan kehidupan yg mewah dan selesa, tidak byk stress.. Anak anak boleh dijaga oleh pengasuh, ada orang gaji di rumah dan sebagainya, aku ni cuma rakyat biasa, kerja dr pagi smpi mlm, tekanan yg byk smpi akui terlepas marah anak smpi terlepas emosi pkl anak.. Setiap org ada kehidupan dan ujian yg berbeza..