Pelakon Syatilla Melvin berkata dia dan adik-beradiknya tidak pernah berpaling tadah dan sentiasa ada bersama meskipun ada yang berada dalam keadaan diuji.
Memetik Utusan Online, Syatilla berkata dia meluahkan rasa syukur itu merupakan rezeki diberikan Allah kepada mereka adik-beradik.
BACA: Syatilla Terharu Shaheizy Sam Bantu Jaga Bapa Mentua Sakit
“Tidak pernah, jawapan saya memang tidak penah kami bermasam muka. Saya tidak perlu fikir jawapan itu sebab InsyaAllah memang tidak akan terjadi.
“Alhamdulillah, memang Allah itu bagi satu hubungan yang sangat istimewa kepada kami adik-beradik. Kadang-kadang, bila saya renung balik, Ya-Allah, besarnya rezeki Allah bagi pada saya,” katanya.
Sementara itu, apabila ditanya mengenai keadaan bapanya, Amirol Melvin Abdullah yang kini duji dengan kanser darah, Syatilla berkata ujian itu membuatkan mereka adik beradik lebih bersatu.
“Baru-baru ini, Allah uji dengan keadaan ayah yang kurang sihat. Jadi, bila Allah uji dengan situasi ayah tidak okey, dari situ baru kita tahu kewujudan adik-beradik.
“Kami memang akan pastikan kami memang betul-betul ada masa untuk ayah. Paling menariknya, kami semua bersatu. Ramai-ramai jaga ayah di hospital.Kami berlima semua perempuan.
“Jadi, itu antara perkara yang saya rasa macam tersentuh. Semua turun padang dan tolong uruskan. Kalau mahu harapkan ibu pun, dia sudah tidak larat,” katanya.
Sumber: Utusan Online