fbpx

“Tak Pernah Gagal” – Marissa Dania Akhirnya Buka Mulut

Selepas sekian lama berdiam diri, anak pasangan selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania dilihat memuat naik gambar bersama ibu bapanya serta ibu bapa tirinya.

Menerusi perkongsian itu, Marissa turut menulis kapsyen ringkas berserta emoji hati berwarna merah.

BACA: Marissa Dania Berbuka Dengan Keluarga, Netizen Tanya Aslam Mana

Sebelum ini, Marissa tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan selepas tular dakwaan dia berkahwin dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand.

Baru-baru ini kecoh apabila Abby dan Norman berbalah susulan isu mengenai anaknya itu. Abby mendakwa bekas suaminya seolah lepas tangan namun Norman meminta bekas isterinya berhenti berkongsikan kepada umum mengenai anak mereka.