fbpx

Marissa Dania Berbuka Dengan Keluarga, Netizen Tanya Aslam Mana

Perkongsian pelakon Memey Suhaiza menjadi perhatian apabila memuat naik video berbuka puasa bersama keluarga besarnya termasuk Abby Abadi.

Menerusi video dikongsikan, kelihatan Marissa Dania turut serta sedang tersenyum sambil menikmati makanan berbuka puasa.

BACA: Abby Abadi Sahkan Marissa Nikah Di Thailand, CCTV Jadi Petunjuk

@memeysuhaizaofficial_

Day 4 ramadhan ? mummy cuti masak sebab mama @abbyabadi ajak buka puasa kat rumah mama ramai2???

? Ramadan Kareem – Megan Yagami

Pada awal video turut memaparkan mereka sekeluarga sedang solat berjemaah bersama-sama.

Perkongsian Memey itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berseloroh bertanyakan dimana suami kepada pempengaruh media sosial berusia 19 tahun itu iaitu Aslam.

Tidak kurang juga, ada yang bertanyakan adakah Aslam berbuka seorang diri. Tidak kurang juga ada yang membuat spekulasi Aslam yang merakam video berkenaan dan disebabkan itu tidak kelihatan didalam video.