“Tak Perlukan Ayah, Saya Harap Mama Tak Bertemu Jodoh Lain”
Tidak melihat figura bapa sebagai individu yang diperlukan dalam kehidupannya kini, anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida iaitu Cik B berkata dia tidak rasa cemburu meskipun tidak mempunyai ayah.
Ujarnya, selama ini ibunya bersendirian yang berperanan sebagai bapa dan juga ketua keluarga sepanjang tempoh dia membesar. Katanya lagi, dia lebih selesa tiada bapa kerana boleh bermanja dengan ibunya.
BACA: Selepas Berlakon, Cik B Kini Bergelar Penyanyi
“Saya tak rasa pun tak ada ayah ni membuatkan saya cemburu dengan orang lain. Saya rasa lebih bagus tak ada ayah, saya boleh tidur dengan mama, boleh manja-manja dengan mama.
“Saya lebih selesa kalau tak ada ayah, sebabnya mama adalah mak, ayah, kakak dan kawan saya. Semua mama!” katanya kepada Gempak.
Meskipun pernah mempunyai dua bapa tiri sebelum ini, namun Cik B tidak menganggap mampu memberikan kebahgiaan dalam keluarganya. Malah, Cik B berharap ibunya tidak akan bertemu jodoh lain.
“Bila ada bapa tiri, saya dah rasa saya tak perlukan ayah. Saya tak boleh tidur dengan mama. Mama kurang bagi perhatian kepada saya dan lebihkan ayah tiri saya. Bercuti pun mereka berdua.
“Dengan usia mama sekarang, saaya harap mama tidak bertemu jodoh lain. Teman hidup mama adalah saya. Tambah pula berdasarkan pengalaman sebelum ini, mama dah lalu macam-macam. Full stoplah!” katanya.
DSV sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Fairuz Ahmad Zainuddin selama tiga tahun namun bercerai pada April 2017. Vida juga pernah dua kali berkahwin sebelum itu.
- SUMBER
- Astro Gempak
jangan cakap mcm tu cik b, baik buruk pun dia tetap ayah kamu.. tetap kena hormat dia.. nanti nak kahwin baru nak cari ayah. hmmmm
Muka macam planet of the apes versi melayu. Tak yah makeup atau cgi natural je
takde gambar lain ke, gambar tu jugak
Qu puteh… mana nya putehhhh??!!
dah macam nk pergi menebas sawit anak beranak niIiii
sudah2 la kisah pemain sarkas ni..haiyooo rimas mak!
Cik b, ( nama sebenar, apa ek??) , jgn pentingkan diri.
diaorang ni hari2 sambut halloween erkkk?
Pergi la jumpa psychotherapist sementara boleh …?
Besok jd scammer mak kau…
Money cant buy you class
Budak 15 tahun , mana dia faham tentang keperluan fizikal? Ckp senang, you don’t want a father, but your mum definitely needs a man.
Aku ibu tunggal anak sorg dh 5 thn hidup menjanda..semua mkn pakai cukup utk aku n anak..tp itu la kan, kesunyian tu yg plg berat.. bila ada mslh yg berat atau perlukan seseorg utk share atau luahkan, rs teringin sgt nak bersuami.. x semua dgn anak kita boleh share atau luah, tambah2 dia kecil lg.. part keperluan fizikal tu pun sama, bkn seks semata2 tp rs nak disygi berteman bercuti sama2, ada org beli hadiah n buat surprise birthday..ikutkan mampu beli beli n buat smua sndiri tp dlm lubuk hati jeles tgk org lain berpsgan
Kau takda masa bapak dia pukul mak dia. Kau tak da masa bapak dia abaikan dia. Kau tak da masa dia rasa rindu dan cemburu orang lain ada bapak yg syg anak2 dia. Bila dia dia besar. Dia masih ingat. Hati dia dah mati. Sakit dia bertambah.
Lepas tu kau baca, kau terus cakap tak baik , kena hormat , wali la apalah.
Lepas tu cakap sebab mak dia kaya. Otak kau !!! Kau ingat sayang pada mak boleh beli macam tu je ke??. Dia ada masa mak dia jatuh.
Dia pun dah ada duit sendiri
Mak Cik B masih muda..kalau ada jodoh yg baik2 apasalah nya.terima je lahh..kesian naluri seorang WANITA…………
hanya org yg pernah lalui je faham apa yg Cik B cakap…
betul sgt2 tu!
tak boleh cakap tak perlukan ayah, kalau bukan kerana ayah dia, dia pun tak wujud kat dunia ni. k baiiii
nak kawin nanti mesti cari ayah kan.
awk tkde kat dunia ni klu bukn ayah cik b.. awk tak kn rasa smua kekayaan yg awk da ade skrg. ingt karma tu ade tau…