Pelakon dan penyanyi Fattah Amin meluahkan rasa syukur dengan kebahagiaan dikecapinya kini dalam kehidupan.

Menerusi perkongsian di TikTok, Fattah dilihat memuat naik video bersama keluarganya serta mengatakan tidak perlu sempurna namun cukup baginya doa dari ibu bapa serta bersama adik-beradik.

BACA: Fattah Amin Muncul Di LIMA, Netizen Teringat Drama ‘Suri Hati Mr Pilot’

@fattahamin

Tak perlu sempurna. Cukup sekadar doa dari ibu, sokongan dari ayah, gelak tawa dari adik beradik. Itu lebih dari segalanya. Terima kasih kepada semua yang sentiasa percaya, support dan beli dari kami. ? #IbuAzizah #TudungAzizah #SempurnakanAuratMu

? original sound – Mbe-Kambing – Mbe-Kambing

“Tak perlu sempurna. Cukup sekadar doa dari ibu, sokongan dari ayah dan gelak tawa dari adik-beradik. Itu lebih dari segaalanya,” katanya.

Sementara itu, Fattah turut mengucapkan terma kasih buat mereka yang memberikan sokongan terhadap perniagaan yang mereka sekeluarga usahakan.

“Terima kasih kepada semua yang sentiasa percaya, sokong dan beli dari kami,” katanya.

Perkongsian Fattah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang melihat aktor itu kini bahagia serta bersetuju bahawa keluarga adakan kemewahan yang tidak ternilai.

×