fbpx

Penularan wabak Corona Virus (Covid 19) yang bermula daripada Wuhan, China kini merebak ke negara kita sehingga meningkat empat kali ganda pada gelombang kedua baru-baru ini. Terkini, sebanyak 123 kes terbaru yang disyaki dijangkiti Covid 19 sehingga menyebabkan 10 kematian akibat virus berbahaya ini.

Musim virus ini, ramai yang membuat pembelian panik sehinggakan ada yang terlupa garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika pembelian.

Ramai yang terlupa bahawa situasi pembelian panik juga akan menyebabkan virus merebak kerana orang yang begitu ramai.

Memandangkan kerajaan telah mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan lebih baik untuk anda melakukan apa sahaja perkara dalam talian seperti menggunakan aplikasi Boost.

Aplikasi Boost yang boleh dimuat turun melalui Apps Store atau Play Store ini akan memudahkan lagi kerja anda sekaligus dapat menghindarkan dari terkena virus berbahaya ini.

Boost juga ada menawarkan promosi dan perkhidmatan untuk membantu memudahkan anda di waktu sekarang. Antaranya adalah:

Insurans Percuma dengan Perlindungan Khas COVID-19

Sekiranya anda pengguna Boost yang tegar dan anda tidak mempunyai insurans hayat, ini peluang terbaik untuk anda. Boost kini bekerjasama dengan Prudential untuk memberi Insurans Percuma dengan Perlindungan Khas COVID-19 sehingga 15 April ini. Ketahui lebih lanjut di sini.

Tapi sebelum itu, ada beberapa syarat untuk memohon insurans ini. Antaranya anda haruslah berumur antara 18 hingga 55 tahun dan warganeraga Malaysia. Anda juga harus seorang pengguna aplikasi Boost Premium yang disahkan dan anda tidak mempunyai insurans hayat dengan Prudential. Tawaran ini adalah terhad kepada 200,000 pendaftaran pertama yang berjaya.

Pesanan Makanan & Keperluan Dapur Dalam Talian

Jangan terlalu panik jika barang keperluan anda sudah licin dalam musim virus ini. Memandangkan zaman yang serba maju dan canggih ini, anda boleh membuat pesanan makanan dan barangan runcit hanya melalui dalam talian.

Aplikasi Boost kini berganding bahu dengan beberapa brands untuk memudahkan anda membuat pesanan makanan. Antaranya dahmakan, DeliverEat, Happy Fresh, PotBoy, Hungry, dan Drinkies.

Jika anda berada di Sarawak anda boleh membuat pesanan melalui Planet Kuching dan DeGrocery.

Kesemua kedai atas talian ini akan memudahkan anda membuat pilihan mengikut citarasa anda. Bukan itu sahaja, jika anda membuat pembayaran melalui Boost anda akan mendapat pulangan rebat tunai sebanyak 10% sehingga RM10.

Pembayaran Bil

Ketika musim virus ini, jika anda ingin membayar bil tidak menjadi masalah hanya menggunakan aplikasi Boost sahaja semuanya sudah selesai. Jadi anda tidak perlu lagi keluar pergi ke bank, pejabat pos mahupun kedai untuk membayar bil anda.

Jika anda kali pertama membayarkan bil melalui aplikasi Boost anda boleh mendapat pulangan tunai sebanyak RM20.

Bagi pengguna prabayar sekiranya anda ingin tambah nilai melalui aplikasi Boost buat kali pertama anda bakal mendapat RM3 x 3 bulan apabila anda tambah nilai minimum sebanyak RM30. Anda juga berpeluang memenangi RM1,000

Peluang Memanjakan Diri Hanya Dari Rumah

Sepanjang tempoh virus Covid 19 ini, jangan fikir anda tidak boleh memanjakan diri atau pun membeli barangan keperluan anda seperti vitamin, sabun, shampoo dan banyak lagi lah. Boleh, caranya hanya dengan terjah Watsons online dan pilih barangan yang anda mahu. Jadi tiada alasan untuk cantik meskipun di rumah.

Jika setiap pembayaran anda melalui Boost anda akan dapat pulangan wang tunai sebanyak 10% sehingga RM10 terhad untuk 1,000 orang pertama sahaja.

Selain itu, barangan kesihatan juga boleh dibeli di Caring eStore. Anda juga berpeluang menerima baucer percuma dari Netcare berupa Hand Sanitizer sebesar 250ml dengan pembelian minimum sebanyak RM88 di Caring eStore. Promosi ini akan tamat pada 31 Mac ini.

Lepaskan Bosan Dengan Bermain Game

Selain keperluan harian, anda juga menikmati permainan video game bermula sekarang sehingga 31 Mac. Siap dapat diskaun sehingga 50% apabila membeli mana-mana baucar permainan Asfalt 8, CIBnet / A-Tunai, Garena, PlayStation, MyCard, Steam, dan Razer Gold dari aplikasi Boost.

Oleh kerana anda kini banyak masa di rumah gara-gara virus berbahaya ini, anda sudah semestinya akan melayari internet 24 bukan? Jadi tiba masa untuk anda protect internet anda dengan Kaspersky. Boost kini menawarkan promosi 5% untuk pelindungan internet ini.

Tonton Drama Pilihan Anda

Tidak ketinggalan hiburan untuk anda yang duduk di rumah juga anda. Hanya melalui viu anda boleh layan drama pilihan anda dengan tenang. Yang penting bermula 21 Mac sehingga 17 Mei 2020 jika anda melanggan Viu dan membayar dengan Boost atau membeli pas langganan Viu melalui aplikasi Boost, anda akan berpeluang memenangi 3 bulan langganan percuma dengan Boost.

Jika anda masih kurang faham mengenai aplikasi ini anda boleh terus ke https://www.myboost.com.my/. Dengan kaedah pembelian melalui e- wallet ini akan menjaminkan lagi keselamatan anda. Memandangkan kerajaan baru sahaja mengeluaran Perintah Kawalan Pergerakan. Jadi duduk sahaja di rumah dan guna sahaja aplikasi ini untuk urusan peribadi anda.

Ingat! Jika ingat mencegah virus ini jangan lupa amalkan langkah-langkah ini dan jangan jadi rakyat yang mudah dengan tidak mengendah apa sahaja peraturan dan langkah yang di kongsikan.